12 August 2014

Soalan sebelum bersalin

okeh, pagi ni phone office rosak, kena petir petang semalam. so semua incoming call akan kedengaran seperti tidak berjawab, padahal phone office yang tak berbunyik...

aku nak cakap yes? YES!! taip blog kejap...

sebelum aku nak cerita soalan yang patut ditanya kat doktor OnG sebelum bersalin, aku google la sikit... sebab aku pun dah tak berapa ingat apa yang aku tanya kat doktor aku dulu. tapi tak banyak yang aku jumpe, atau keyword tak kena kot...

ni citer masa aku belum bersalin la... lepas dah bersalin, aku baru jumpe banyak info2 lain tentang persediaan sebelum melahirkan. antara yang utama ialah - birth plan. Contoh birth plan :


Birth plan ni adalah pelan rancangan tentang apa yang seorang ibu tu nak ia dilakukan dan tak nak dilakukan terhadap dirinya dan bayi. Benda ni kena submit sebelum bersalin untuk dimaklumkan kepada doktor, nurse dan semua orang yang akan terlibat. sebab masa dah masuk proses nak bersalin nanti dah tak boleh nak buat apa2 dah... so kalau ada special request, digalakkan ada birth plan / surat bertulis dari ibu kepada doktor.

kat atas tu contoh simple je. ada ibu yang tulis lagi panjang... ok, melalui web babycenter, soalan2 biasa yang kita patut tanya kat doktor adalah :

Lima soalan untuk ditanya kepada doktor

1.Adakah semuanya baik dengan kehamilan saya ini?
2. Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu bayi saya membesar dengan sihat dan saya juga kekal cergas dan sihat?
3. Apakah ujian saringan atau diagnostik yang ada untuk melihat ketaknormalan dan bilakah saya boleh melakukannya?
4. Apakah pilihan yang saya ada mengenai di mana saya akan bersalin serta pilihan apa yang saya ada semasa kelahiran, contohnya, jenis penahan sakit semasa pelahiran?
5. Berapakah bayaran yang dikenakan oleh anda dan pihak hospital? Tiada alasan untuk mengelak daripada isu ini kerana setiap doktor dan hospital menetapkan bayaran berdasarkan kepakaran, kemudahan dan perkhidmatan khas mereka.

ok...melalui pengalaman aku, doktor yang monitor aku semasa pregnant tu memang bagus, dia check semua benda yang parent perlu tahu. yerla, nak harap kitorang yang bertanya, mana la tau nak tanya apa... doktor tunjuk kaki, tangan, berapa besar kepala... air ketuban cukup ke tak... mana tali pusat dia... mana jantung dia... aku pernah citer sikit pasal ultrasound kat SINI

ultrasound jugak bole nampak jantung dan organ2 asas yang lain, siap doktor print kaler biru dan merah untuk bezakan organ2 dalaman. dari situ doktor boleh jelaskan semuanya nampak normal atau  kalau ada sebarang ketidak-normal-an, doktor dah boleh detect... contohnya kalau jantung berlubang.

soalan2 yang aku nak tanya kat doktor, ada sebahagiannya aku ngan zuel dah siap2 pikir dan tulis, takut kalau terlupa... kadang2 kat rumah teringat nak tanya, lepas jumpe doktor, lupaaa semua...

tapi soalan yang aku ingat dan kerap ditanya bila dah menjelang nak bersalin :

1 - Peratus kemungkinan bersalin normal
benda ni banyak kali kot aku tanya kat doktor. kalau bole, aku harap la doktor tu cakap "saya jamin awak bersalin normal 100%".... haha. mana ada doktor nak bagi gerenti macam tu. dia cuma cakap, berdasarkan pada tahap kesihatan aku dan baby, dan lain2 faktor yang doktor dah analisis, dia pun bole kata cuma 90% aku boleh bersalin normal. lagi 10% tu adalah keadaan yang kita semua tak tau apa yang boleh berlaku semasa nak bersalin tu... doktor siap lukis gambarajah lagi!

2 - Kos bersalin
Of course la mesti nak tanya tentang kos bersalin kat sana. doktor tak boleh nak bagi total amount, dia cuma bole bagi average cost je. sebab kita tak tau, apa yang akan jadi masa bersalin nanti. apa equipment yang doktor akan pakai... contohnya kalau tiba2 masa bersalin tu kena vakum, dah tambah kos kat situ... itu semua faktor yang akan menentukan total kos keseluruhan selepas bersalin. siap2 amik tahu kos bersalin normal dan kos bersalin c-zer.

3 - Jenis penahan sakit dan kosnya.
Biasanya orang tanya pasal epidural. kos epidural ni kalau kat hospital tempat aku bersalin dulu - RM800. epidural ni kena decide nak amik atau tidak sebelum sakit bersalin lagi. maksudnya, kalau tanak rasa sakit langsung, bile dah masuk hospital tu, terus cucuk epidural. dan bole lah berjimba2 sampai bukaan 10cm pun takde rasa apa... - ni orang cerita la, aku tak amik epidural, so tak tau la rasanya macam mana....

doktor tak galakkan amik epidural bile dah sakit sangat sebab kurang berkesan. so kalau nak amik epidural... kena amik sebelum sakit. kena decide awal2 nak atau tidak.

Aku tanya kat doktor, sejauh mana biasanya ibu2 nak bersalin ni bole tahan sakit, doktor pun tak dapat nak bagi jawapan pasti. sebab kekuatan tahan sakit seseorang tu tak sama. ada yang dah 10cm pun dia kuat boleh tahan lagi, ada yang baru 3-4cm dah melolong2....gitu lah umpamanya...

bincang ngan zuel, zuel cakap... cuba la dulu tanpa epidural. sebab aku pun tak tau lagi rasa sakit bersalin tu macamana, tak tau lagi adakah aku boleh bertahan? kalau tak boleh nanti 2nd baby amik la epidural...ecececeh...

4 - Perlu booking bilik atau tidak?
ini aku tanya kat doktor...dia cakap tak payah. Kalau tak silap la. kalau kena booking, dah tentu ler awal2 aku pi book kot... tapi masa nak bersalin tu check in je macam biasa... kalau takde bilik single, kena la mintak transfer nanti...

5 - Adakah hospital akan hantar ke Hospital Besar Kerajaan jika berlaku sebarang masalah?
Soalan ni penting sangat bagi aku... biasa kan kita baca, kalau beranak kat swasta, kalau terjadi pape hal diorang tolak ke hospital kerajaan. so aku tanya kat doktor... doktor cakap hospital ni tak akan tolak keluar mana2 patient ke hospital kerajaan kalau berlaku apa2 komplikasi. (dalam kes ni - bersalin la)

so bagi aku, cerita yang biasa kedengaran tu, kena check balik hospital mana? HOSPITAL atau KLINIK BERSALIN? setakat yang aku tau la, kalau bersalin kat hospital yang ada pakar, ada kelengkapan, diorang tak akan tolak patient keluar... tapi kalau KLINIK BERSALIN tu mungkin la sebab mungkin diorang takde peralatan yang cukup.... mungkin laa... mungkin!

Tak pernah lagi aku baca hospital swasta yang besar2 ni keluarkan patient tolak pi hospital gomen... even PCMC yang exclusive tu pun takde... so mommies out there yang merancang nak bersalin kat private tu, buat survey, semak record dan banyak2 bertanya dengan orang yang pernah bersalin kat hospital yang korang nak pegi...

Hospital yang aku pegi dulu tu masih baru, so tak banyak review... banyak review "offline" dari cerita kawan2 zuel... ada sorang blogger tu bersalin kat situ gak, aku sanggup email dia nak tanya tentang pengalaman, kos, doktor ok ke tidak... cuma dia punya kos tinggi lagi la sebab c-zer dan ade special case. masa aku jumpe doktor aku, dia pun masih ingat that patient. hihih.

Sekarang ni dah ramai yang bersalin kat sana... ex lecturer aku pun baru2 ni bersalin sana gak...

wad aku dulu kat tepi belah kiri tu sekali mengadap hutan... hihihi

setakat ni je soalan yang aku ingat. sebenarnya yang ujung2 ni aku banyak tanya tentang proses dan kos supaya kita bersedia dalam apa2 kemungkinan... maklum la, anak sulung, banyak perkara aku tak tau lagi...

2 comments:

  1. Berapa kos bersalin normal kat hospital ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat.
      untuk normal average dalam RM3000-RM5000.
      c-sec dalam RM6000 ke atas. =)

      Delete