15 August 2014

Sembahyang Hantu - Hungry Ghost Festival

hari tu kat opis pun ada buat... tapi takde la sampai ada makan2 macam sesetengah tempat... tak meriah sangat la macam sesetengah company...



lepas tu aku saja je tanya opismate - itu sembahyang apa?
padahal dah tau... sembahyang hantu... tapi tujuan aku tanya tu dengan harapan dia akan citer dengan lebih lanjut. mungkin aku pun tak pandai tanya... so tak dapat la huraian kisah sembahyang hantu... opismate pun jawab macam takut2 je... jawab slow.. "tuu...hee sembahyang ...hantu..." perlahan je cakap... takut hantu dengar kot...

aku sibuk nak tanya bukan apa... pengetahuan am orang kata... takpe, kita tanya pokcik google aje lah... 

***************************************
Kamu semua mesti berasa curiga terhadap adat orang Cina sembahyangkan hantu-hantu pada bulan August(bulan tujuh dalam kalender org Cina). Saya ingin menerangkan cerita tentang Bulan Hantu Lapar dan Hari "Poh Thor".

Hungry Ghost Festival sebenarnya ada cerita yang berkaitan dgn seorang murid Buddha yang bernama " Mu Lian ". Mu Lian telah mencapai keajaibanan dan dapat kuasa yang luar biasa. Dia melihat ke dalam NERAKA HANTU dan mencari ibunya yang telah mati. 

Mu Lian nampak ibunya menderita dalam neraka (ibunya sebenarnya busuk hati semasa hidup), apa-apa yang dimakan akan menjadi api dan tidak dapat dimakan dalam neraka. Mu Lian berasa simpati terhadap ibu yang dia amat menyayangi, dia cuba bagi makanan kepada ibunya, tapi makanan itu menjadi api dan tukar jadi habuk dalam sebentar. 

Mu Lian sambil menangis dan tanya Buddha, Buddha kata," Ibu kamu telah membuat jahat terlalu banyak semasa hidup, dengan kuasa kamu tidak dapat menyelamatkannya. Kamu kena mengabungkan kuasa ramai sami-sami dengan memberi makanan dan minuman kepada mereka dan mengadakan upacara sembahyang, mengabungkan mereka pada hari 15/07,dengan gabungan kuasa mereka semua baru dapat menyelamatkan ibu kamu." 

Mu Lian pun menyediakan hidangan dan upacara sembahyang yang diajar oleh Buddha, dia mengabungkan semua sami-sami yang berkuasa pada hari 15/07, akhirnya dia berjaya menyelamatkan ibunya dari nereka hantu. 

Selepas itu, Buddha kata kepada muridnya, "Kamu semua boleh mengadakan upacara sembahyang yang sama pada hari 15/07 setiap tahun, sembahyang untuk panjang umur dan sihat ibubapa, yang telah meninggal pula dapat melepaskan diri dari Neraka Hantu."

Inilah cerita asal Bulan Hantu Lapar dan Hari "Por Thor"

Orang Cina percaya bulan tujuh dalam kalender orang cina, pintu neraka hantu akan buka, semua hantu-hantu dapat keluar dari neraka hantu selama sebulan. Oleh itu, orang Cina mengadakan upacara sembahyang hantu dengan makanan dan minuman, harap  hantu-hantu yang menderita (mungkin ibubapa atau saudara saudari, kawan yang meninggal dunia) dalam Neraka Hantu boleh menikmatinya. Yang membakar kertas wang dan barang-barang bukan kepercayaan Buddhism, tapi Taoism. Buddhist tidak ada kepercayaan atas membakar kertas wang atau membakar colok sebenarnya. Taosim biasa membakar colok untuk tujuan sembahyang.
***************************************
itulah ceritanya... petikan dari sorang forumer (aku rase dia berbangsa cina) kat forum cari.com. ada lagi huraian yang lebih panjang kat link bawah, boleh pegi baca kalau korang curious macam aku...

ada yang komen kat satu blog lain kata merepek aja... yerla, bagi Muslim memang la benda ni merepek... ko tak pikir pulak kalau penganut agama lain pun ada cakap amalan agama Islam merepek... sebab dia berpegang pada agama dia... hormat je la dan tak payah la nak cakap mengarut, merepek apa segala... 

pada aku kesimpulannya, takde agama yang nak buat amalan yang tak baik... kes sembahyang hantu lapar ni pun kira amalan yang baik jugak la mengikut kepercayaan diorang...

"Menurut seorang sami Buddha di Petaling Jaya, Bulan Hantu Lapar adalah bulan mulia dan sangat diberkati. Para sami belajar dan berbincang tentang agama dan erti kemanusiaan pada bulan ini dengan pembebasan roh. 

© Utusan Melayu (M) Bhd "

ps : aku ni sebenarnya orang yang suke belajar tentang budaya, adat tentang kaum lain, suka pegi tempat2 sejarah, suka tengok pameran seni, pegi muzium, tengok patung lilin orang2 terkenal... anything yang sewaktu dengannya la... tapi suami aku tak gemor... huhuhu. apa nak buat... 

contohnya Time Capsule dan lombong bijih timah ni menarik untuk dilawati... aku berminat tapi zuel cakap kolong tu kat site ada banyak, dia bole buatkan kalau aku nak... 
Onion Head Emoticons 30Onion Head Emoticons 30Onion Head Emoticons 30

No comments:

Post a Comment