11 August 2014

Orang Lelaki

entri ini panjang... pastikan korang free kalau nak baca :

Tips memikat isteri :-
Bangun awal pada isteri

Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu 
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...

Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine ... jgn main campakk je ...
Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji 
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca

Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang basah kat pasar tani

Tolong jemur kain biarpun tak tolong basuh pun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"
Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapa pun 
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)

Tegas dalam buat keputusan 
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros ... pikirlah masa depn
Jangan kedekut 

Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please

Jangan tinggal solat ... 
ajar dan didik isteri tentang agama
ajak isteri pergi dengar kuliah sama2

Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel 
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)

Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2

Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah
Mandi sama2
Solat sama2

Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang

hemmmmm ...
Banyak lagilahhhhhh rasanya ...

TAPIKAN ... SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL ... SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH ...

Jangan terlalu meminta semua perkara diatas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.

Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun ... mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.

Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah ... kalian berdua akan mendapat redha Allah .. rumahtangga bahagia kekal selama2nya ...

Jangan cari kelemahan pasangan anda !

Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.

Wallahu'alam !!


***********************************************

Bini sedang ajar anak mengaji, tiba tiba baby meragam.

Tak nak susahkan bini, aku cuba pujuk baby, sekali bila semak punggung anak, berak rupanya, lampin dah bocor, aku pun sebagai bapa misali akhir zaman terus basuk berak anak, sila kagum dari jauh.

Oleh sebab seluar baby dah kotor, aku tukar seluar baru.

“Bang, kenapa pakaikan baby seluar siang, kan dah malam ni”

Tegur bini buat aku terfikir, Oh rupanya ada baju bahagian siang dan ada baju bahagian malam. Tapi sebab tak faham aku tanya balik: “seluar malam yang mana satu?”

“tentulah seluar panjang, baru baby tak sejuk dan nyamuk tak gigit”

Ye tak ye jugak, akupun cari seluar panjang baby dan ganti dengan seluar tadi.

“abang, kenapa tukar seluar warna tak match dengan baju, kan baju tu ada sepasang?”

“yang kotornya seluar, buat apa nak tukar baju! Tukar seluar dah lah!”

Hujah aku dengan logik akal, bini aku diam jer, dan sambung ajar mengaji pada anak anak.

Lepas dah ajar anak yang lain mengaji, bini ambik baby untuk menyusu.

Akupun pergi keluar rumah untuk kunci pagar sebab dah malam, bila masuk rumah balik, aku tengok baju baby dah bertukar match dengan seluar tadi.

Woha!
Sensungguhnya, aku tak paham orang perempuan, tapi inilah kisah laki bini, adohai..

***********************************************

Yep. Sifat lelaki.

Tak kisah pakai baju anak yg dah senteng nampak perut. Janji baju tu bersih.

Nak basuh punggung anak pakai sabun cuci muka pun xpe janji najisnya ilang.

Nak lap dapur pakai kain lap pinggan mangkuk yg bersih pun takpe janji minyak kat dapur ilang.

Nak masukkan lauk dalam bekas letak nasi yang sah2 besar gedabak utk lauk secoet pun takpe. Janji lauk terhidang atas meja.

Nak sapu rumah pakai penyapu luar yg bertanah pun takpe janji lantai rumah bersih disapu.

Nak gantung baju basah dekat ampaian tak perlu kibas utk licinkan baju pun takpe asal baju kering.

6 tahun berkahwin.
Satu benda aku belajar.
Berterima kasihlah walau tak sempurna kerja2nya.
Janji dia nak bantu.

Sebab dia kadang2 bengang jugak kalau aku suruh dia buat kerja rumah rapi2.

Sebab dalam bengang2 tu dia akn cakap.

"Yang......kalau semua benda i buat betul ...maksudnya i ni laki orang yang....."

Aku senyap. Terus angkat punggung.

Oklah. Alasan diterima.

***********************************************

aku? setuju... suami aku pun kadang2 ade ke-tidak-rapian bila tolong buat kerja orang perempuan.
Tapi macam dah tulis kat atas tu... Janji suami nak bantu.

Pada aku tak payah demand sangat, kalau demand, mohon buat sendiri.

Besar rahmat dah dapat suami, kat luar sana ramai lagi yang mencari dan menanti.
Besar rahmat dah dapat suami yang lekat kat rumah, kat luar sana ramai kaki kedai kopi siang malam.
Besar rahmat dah dapat suami yang tak kaki botol, kaki pukul, kaki judi, kaki pelacur dan macam2 kaki lagi... ramai juga yang beratur ikut turn kat pejabat agama tu nak kena kaunseling mahupun failkan perceraian...

Berterima kasih. Bersyukurlah. Tuhan kata :
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.ibrahim [14]:)

Syukurlah ada suami yang baik, yang beragama... apa yang kurang itu masih boleh diperbaiki. Lagipun aku bukan isteri yang sempurna. Esok kalau suami aku demand tulis 1001 tips pikat suami, bole pitam aku!

2 comments:

  1. kadang2 kan, bila husband dah kerap n rajin tolong kite bt kerja kat rumah - contoh, basuh baju..

    sy demand mtk dia tolong sidai n lipat sekali..heheh...

    bukan ape, dah sedap ade orang tolong..hahaha!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik lemak kata orang tua! hihihihih....

      Delete