11 August 2014

Kadang2 penat jugak

Aku boleh jadi pendengar yang baik. 

Kalau tak dapat nak bagi nasihat atau pendapat... aku masih boleh berkongsi baca atau mendengar.

Tapi kalau asyik nak layankan masalah sama yang diulang tayang... penat juga.

Kalau dah selalu benar membaca cerita ntah siapa yang takde kaitan dengan hidup kamu atau aku... pun penat juga.

Senggang sungguh kamu sampai ada masa nak selongkar hidup orang lain hanya melalui muka buku. Lepas tu share dengan aku. Kadang2 aku pun tak tau nak komen apa sebab orang yang kamu hendap itu orang asing... bukan siapa2 dengan kamu apa lagi dengan aku.... so kenapa sibuk nak ambil tahu?

Sudah kahwinkah dia?
Sudah punya anak kah?
Berkonflik dengan rumahtangganya kah?
Oh! Mereka sudah kembali berbaik kah?

Alahai kamu... Apakah kamu...

Takde kerja? 
Busybody? 
Suka speku? 
Suka judge life orang?

Sayangnya aku ini sudah sibuk dengan kerja dan keluarga... banyak perkara lain yang aku perlu komen dan uruskan... jauhhh lebih penting dari membaca mesej2 kamu ditengah malam hanya kerana berkongsi cerita tentang orang asing. Tak pastilah jika kamu punya pengharapan untuk menyelit dalam hidup orang itu. Ada kalanya aku tak tahu mahu membalas apa? Kalau ikutkan hati, memang ku biar saja tidak berjawab.

Maaf... bukan aku tak boleh lagi nak berkongsi apa saja... Pastinya boleh jika itu berkaitan dengan hidup kamu. Aku sedia meminjamkan bahu. Tapi aku sudah lelah mahu berkongsi layan cerita kamu yang selalu menyibuk hal orang yang bukan siapa2 dengan kamu pun...

Get a life please!

No comments:

Post a Comment