04 August 2014

Idea Menu Raya yang Cepat dan Mudah

Jumaat : raya kelima... seharian duduk kat rumah saja. keluar pun pegi amik sate frozen dan pegi kedai beli lengkuas dan halia untuk masak sambal kacang...

Sekali terlupa nak beli serai. Mase ni la baru aku nak pandang serai belakang rumah kan... bukan ape.... serai kat belakang rumah tu sikit lagi nak sama beso ngan lalang... kalau bersemak tanah belakang tu... memang takk lah aku nak nebas serai. Serai kat belakang tu mak mertua aku yang tanam... masa awal2 kawin dulu berisi la jugak, skrang makin melidi je... bila nak guna buat masak terpaksa la aku tebas sekali 5 ke 6 batang. Kecikkkk

Okey... rasanya macam ini kali pertama aku masak sambal kacang secara berseorangan... tak aci la kalau masak beregu dengan mak kan...  last day kerja sebelum raya, punya bersemangat aku print resepi guna keyword "sambal kacang sedap"... dan aku pilih resepi dari blog kak azie : SINI

Aku pilih resepi dari azie kitchen sebab beliau kata resepi yang beliau belajar dari kawan sepejabat tu sedap sangat. Dan satu lagi dalam entri yang lain... beliau menulis

"Dalam tercari cari cara mudah menyediakan kacang goreng, saya terjumpa satu resepi yang dipelajari dari Datin Syuryani, isteri Dato' Mohd Shafie Apdal di mana kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk bersama kulit sehingga separuh halus.

Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama."

Aku pun bukan la rajin beno nak sangai kacang pastu nak buang kulit...so tak la menjadi kesalahan pun kalau goreng kacang dan kisar aje dengan kulit... so takde la kacang tu kata "ibarat kacang lupakan kulit" *tetiba

Semua bahan yang aku guna, ikut sama macam dalam resepi tu (kecuali tambahan daging / ayam cincang), tapi aku tambah seggenggam udang kering yang direndam dulu lepas tu kisar je udang kering tu bersama dengan bahan2 kisar lain...

Resepi Sambal Kuah Kacang
Bahan utama
Kacang tanah 500gm
- aku goreng dengan sedikit minyak sampai coklat, lepas tu kisar guna food processor sampai semua kacang hancur melekat kat bekas. Tapi kacang tu takde la terlampau hancur macam guna blender. Aku takde blender kering... kalau korang ada... bole gak guna tu yer...

Bahan kisar
9 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain-lain
1 cawan cili kisar (aku tambah lebih sikit supaya lebih pedas dan merah)
1 gelas (dari 1 kepal) air asam jawa
1 cawan gula pasir
2 sudu besar garam
Sedikit gula Melaka
3/4 cawan minyak mazola (aku guna minyak sawit biasa je)

Cara cara:
  1. Tumis bahan kisar hingga wangi dengan minyak mazola, setelah wangi masukkan cili giling, goreng lagi hingga garing.
  2. Masukkan sedikit air dan kacang tanah, air asam jawa, gula, garam.
  3. Masak dengan api perlahan dan sesuaikan rasa dan kepekatannya. Siaaap...
Tips tambahan yang aku dapat dari blog lain :
  • Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap.
  • Nak bagi kuah kacang ni tahan, masak biar betul2 mendidih..paling penting cili kering tu kena betul2 masak...cara nak tahu masak ke tidak..cili tu mesti dah bertukar warna merah pekat dan tak berbau cili. Begitu jugalah masa dah campur kacang tu nanti, mesti kuah tu dah bertukar warna kemerahan dan pecah minyak, baru boleh angkat.
Haaa... so sejam lebih jugak la aku masak atas dapur dengan api perlahan... masak sampai mendidih blopp! bloppp! blooopp!! Habis terpercik minyak atas dapo.... masakan melayu selalu camni lah... kalau nak sedap haruslah dapo ada titik2 minyak sambal merah2 tu. Lepas masak kena lap terus...

Sebenarnya cubaan pertama kali aku masak sambal kacang adalah masa 1st raya hari tu. Aku kisar kacang guna blender dan kacang hancur sebati macam nak jadi paste. Aku tanak kacang jadi terlalu halus. So aku tumbuk je laa lagi separuh guna lesung batu... bila tumbuk guna lesung pulak, kacang tu agak kasar... (biasa laa.. malas nak tumbuk lama2) akibatnya lepas dah siap masak.... zuel sound "ni sambal kacang ke kacang goreng sambal?" Sebab kacang tu agak kasar dan kurang cair... Gambar kat bawah ni masa aku masak 2nd time kat rumah sendiri....
sambal kuah kacang ni memang aku masak lebih sikit lepas tu simpan dalam freezer. bila ada orang datang, aku ambil setakat cukup dan panaskan. Kuah kacang ni semakin lama semakin pekat ye, so aku tambah air, sesuaikan balik rasanya masa aku panaskan untuk hidang kat tetamu.

Tips masak ketupat plastik dengan cepat
Biasanya aku rebus kat atas dapur guna periuk biasa je, memang lamaaa.... ade sejam ke dua jam kot? Hari tu aku google cara2 nak buat dan masak ketupat daun, terjumpe la tips ni.... laaa kenapa aku tak terpikir dari awal2 lagi....
kalau ada pressure cooker, sama ada eletrik atau guna dapur gas, masak je ketupat guna periuk pressure cooker ni. memang kejap je... sekurang2nya setengah jam dah pun siap. bole angkat dan sejukkan. masak sempurna. ni rebus pakai periuk biasa, kadang2 tak cukup masak, terlembik... pressure cooker / multi-purpose cooker ni ada fungsi untuk masak nasik, so kalau aku tak "set time" secara manual, aku tekan je fungsi menu "rice"... 

Sate Goreng Frozen
aku jumpe sate goreng ni masa aku datang beraya rumah paklong belah ayah aku, wajib ler aku mintak nombor phone akak yang jual sate goreng ni.... masa raya ke 5 tu jugak aku helo-helo akak penjual tu, aku nak beli 4kg terus tapi stok tinggal 3 kg je. bole lah. 

sate ni dah siap2 perap dengan rempah. ada pilihan nak ayam atau daging. dah siap pek dalam mangkuk pat segi macam ni dengan berat 500gm setiap satu. caranya bila nak masak, aku defrost lepas tu goreng je... tak payah letak minyak lagi. goreng sampai betul2 masak dan agak kering, dah jadi macam rendang pun ade... kalau ada sesiapa yang tinggal kat area JB dan berminat nak dapatkan satay frozen ni, bole contact aku yer... nanti aku bagi nombor phone akak tu...
so jadik la menu nasik impit + kuah kacang + sate goreng untuk tamu yang datang tiba2 tak bagitau atau yang nak datang waktu malam pada hari bekerja. biasanya setiap tahun, jiran2 kat lorong rumah aku ni akan buat rombongan raya rumah ke rumah. dah 2 tahun diorang buat rombongan ni selalunya pada belah malam waktu hari kerja sebab weekend masing2 tak free... sibuk layan tamu lain atau sendiri pun takde kat rumah pasal pegi beraya... 

kalau aku balik kerja dekat pukul 7 malam, rombongan start pukul 8 malam, celah mana aku nak masak... takat simple2 menu je la... 1st year diorang datang raya, kalau tak silap cuma hidang kuih raya ngan cake dan karipap je la... 2nd year aku masak sabsuka, makan dengan roti >>> resepi sini

Tu pasal la aku kena siap2 pikir ape menu nak hidang untuk this year pulak. Orang laki mana tau, dia tau ada makanan untuk tetamu... anytime je diorang nak serbu... geng2 jiran ni bukan bole... kang tetiba je zuel wassap - malam ni diorang nak datang... haaa mau tak kelam kabut aku nanti....

1 comment:

  1. knp ade entry yg xleh bukak? simpan draf ke..T___T

    ReplyDelete