23 August 2014

Di tengah malam

Aku kan... serba salah jugak. Kadang tu tak dapat tipu la apa rasa hati ni. Tak layan... itu kawan.... lagi tak sampai hati bile kawan yang mungkin takde tempat lain lagi nak ngadu....

Aku doakan dia cepat2 la berjodohan. Supaya malam2 dia dah ada teman. Tak la lagi tengah malam buta dok kuis2 tepun lagi hantar wasap kat aku selepas pukul 12 tengah malam... kadang satu dua pagi... kadang aku baru nak lelap bunyi wassap masuk. Kadang aku abaikan je... baca esok pagi lepas subuh. Kadang aku baca la jugak... dan balas. Bukan mesej apa2 pun... ia cuma mesej yang bole je hantar bile matahari dah terbit esok...

Aku gagahkan balas sebab aku pun tak suka kalau mesej aku tak berbalas. Pernah jugak tengah malam aku belum tido... tiba2 rasa nak wasap kawan aku. Tapi tak jadik pasal dok terpikir... ntah masa tu orang dah tido kaa... kang terjaga? Ntah masa tu "masa berkualiti" dengan suami dia kaa? Ntah.. macam2 lagilah yang aku rasa esok siang aje la aku masej... bukan benda penting pun...

Ini mungkin jugak common sense - jangan ganggu orang selepas tengah malam dengan perkara yang tak perlu... takkan tu pun nak cakap kot? Nak lagi yang dah berkeluarga... bukan bujang lagi nak dok kuis2 tepun tengah malam... orang tu lagi sibuk nak kuis pasangan atau kuis anak....

Masa siang tu panjang sampai ke pukul 10 ke 11 malam... tapi pukul 12 trngah malam ke atas jugakk yang dia nak mesej.... bukan sekali tapi dah banyak kali... tak la sampai tiap2 hari... tapi lately macam kerap jugak... tu yang naik kat entri ni... haha

2 comments:

  1. kalau aku kan.. lepas pukul 12 malam ke atas.. mmg aku off kan wifi handphone.. satu sbb nak tdor.. kalau tak offkan pun..aku mute kan handphone.. esok2 pagi time subuh aku reply kalau penting.. kalau tak aku biarkan jer dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah..aku rase nak kena buat gak cadangan ko tu... cekni pun cakap tu gak

      Delete