06 August 2014

Boikot kerana Ekonomi atau Kerana Kemanusiaan?

dari semalam aku dengar2 akan bertembung 2 isu pada hari jumaat ni.

1 - ramai2 boikot mcD hari jumaat ni, katanya semua bangsa boikot jangan makan mcD hari Jumaat ni...
2 - hitz.fm announce yang mcD akan bagi free food kat masjid2 pada hari Jumaat ni jugak...

so... konflik nak amik ke tak? nak amik ke tak?

ada yang kata amik - sebab tak haram pun. free. rezeki.
ada yang kata tak nak amik - boikot tetap boikot tak kira la free ke apa... 

ini pendapat aku je la... aku rasa... 

kalau boikot untuk jatuhkan ekonomi - boleh la amik je la free food tu. mcD tu tak haram pun kan. janji boikot bukan dengan membeli produk diorang. kalau free takpe... amik.

kalau boikot kerana kemanusiaan - free ke bayar ke, tetap tak amik. ada pandangan mengatakan ia umpama saudara2 sendiri kena bunuh lepas tu pembunuh tu bagi saudara2 mangsa yang masih hidup ni makanan free, kalau jadi kat keluarga sendiri, agak2 sanggup nak amik?

the choice is yours. dua2 jenis boikot ni pun adalah boikot dengan ilmu. takde pun boikot emosi. yang boikot pegi buat benda bukan2 kat dalam mcD tu lain citer lah... 

aku? boikot kerana kemanusiaan. aku tak sampai hati nak makan dah even free. kalau ada yang bagi pun, aku bagi kat anjing ke kucing makan. bukan sebab food tu hina sangat... tapi sebab bile nak makan tu aku masih terbayang macam aku tengah makan daging mangsa peperangan, macam aku tengah gigit2 peluru....


ps : jangan kerana boikot je, tapi sebab mcD tu memang tak elok pun untuk kesihatan. Jamie Oliver sendiri kata "Rubbish!" - erkkk... makan sampah rupanya aku selama ni... tskk tskkk tskkkk (T_T)

google ekk pasal jamie oliver dan mcD

6 comments:

  1. mmg pernah ikuti perkembangan saman jamie oliver dan seriously happy bile dia menang saman tu. same la sy pon..boikot kerana kemanusiaan..free pon tak lalu nak makan dah..
    fyi, sebelum ni sy boikot sekejap..pastu tak istiqamah..memandangkan ade bubur ayam yang senang nak suap khayla di saat terdesak or travel jauh...
    since kfc skg dh ade bubur, trase hepi sbb tak perlu nak menempel kat mekdi tu pasni..untuk orang yg kate, kite boikot smpi jejaskan periuk nasik pekerja, itu ALASAN PALING BODOH. boleh je carik keje lain.lagipun gaji pekerja mekdi sangat la murah.tak berbaloi dgn penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti khayla dah besar sikit dia dah boleh makan macam2, tak lah bergantung kat bubur je... buah2 bole..roti... biskut... kalau travel macam susah nak carik bubur, beli something yang bole makan / lecek on the go..... hihih *tiba2 dapat idea nak tulis entri....uuuu

      Delete
  2. Terpulang kepada hak dan pendapat masing masing. MCD memang haram aku tak pernah jejak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... hak masing2. tapi jangan sampai pegi buat perangai yahudi gak kat orang yang tak sependapat ngan kite...

      Delete
  3. Replies
    1. tahniah Atika...semoga istiqamah ^_^

      Delete