14 August 2014

Awkward

atau dalam bahasa melayu urban suka taip - okwed

awk·ward  (ôkwrd)
adj.
1. Not graceful; ungainly.

2.
a. Not dexterous; clumsy.
b. Clumsily or unskillfully performed: The opera was marred by an awkward aria.

3.
a. Difficult to handle or manage: an awkward bundle to carry.
b. Difficult to effect; uncomfortable: an awkward pose.

4.
a. Marked by or causing embarrassment or discomfort: an awkward remark; an awkward silence.
b. Requiring great tact, ingenuity, skill, and discretion: An awkward situation arose during the peace talks.

sumber : http://www.thefreedictionary.com/awkward

>>>>>>>>> contoh okwed dalam situasi yang berlaku minggu ini :

CERITA 1 :
seorang jiran dalam satu lorong di sebuah taman perumahan yang aku duduk, dia selama ini buat hal sendiri, tiba2 nak join balik geng2 yang aktif kat lorong tersebut. 

*mula2 dulu join, lepas tu senyap macam jauhkan diri. lepas tu suddenly raya ni dia came out dengan pelbagai idea...

tapi aku saspek beliau dah pakai smartphone. so bole join wassap group geng lorong rumah aku. bukan aku cakap, dia sendiri cakap dulu dia takde smartphone.

tapi situasi menjadi OKWED bila dia datang beraya semuaaaa rumah jiran2.... (actually sebelum ni tradisi beraya ialah gerak ramai2 satu rumah ke satu rumah, tapi kali ni dia gerak sendiri dengan agenda...jeng jeng jengg).... datang umah beraya tak salah. tapi aku dan zuel naik pelik dan OKWED bile tetibaaaa jek dia cakap "tahun ni kita wat potluck or kutip duit buat jamuan rayalah... aa nanti ko cakap la ngan budak2 lain ke kan... kita kutip la dalam rm50 ke...yada yada yada..." 

eehh ehh kau ni.... KITA katanya... padahal keputusan tu dia sorang yang buat. tup tup tup nak SURUH buat potluck... atau KUTIP SATU KELUARGA RM50... TANPA BINCANG dengan jiran lain.

sungguh OKWED. dan lagi OKWED bile 2 hari lepas dia suruh bini dia taip surat rasmi pasal kena kutip RM50 tu, tarikh majlis sekian, lokasi sekian, lepas tu suruh bini dia email zuel dan suruh zuel print pastu edarkan kat semua jiran2... letak kat petipos. again, tanpa sebarang perbincangan majoriti. 

ala..dia ada la bincang tapi cakap ngan ketua lorong je... padahal jiran2 lain tak setuju pun sebab date yang dia pilih tu masing2 tak free... u know laa... joho cuti jumaat sabtu tak sama ngan kerja swasta, so ada masalah kehadiran kat situ... tak semua bole join...

dan RM50 satu keluarga tu banyak yer... kalau yang bayar 10 keluarga takat yang ade 2-3-4-5 orang anak kecik, mewah tahu! bole buat makan2 open house 100 orang dewasa... aku syak dia nak order kambeng gelek... 

nak lagi OKWED? bile idea dia tu kurang dipersetujui, dia dok perli2 orang dalam wassap group.

CERITA 2 :
seorang kawan yang tak berapa rapat (nak sedap cerita, aku buh nama dia Lisa) tapi pernah la tido, datang masa aku kawin dan datang beraya umah aku... telah sampai jodohnya... aku tahu dari kawan yang lain bernama Hani. the OKWED moment ialah bile... tiba2 Hani tu pm aku kat fb :

"heeey... Lisa nak kawin dah! hahaha tak sangka...senyap2 diam2 berisi...yada yada yada.. dia kawin ngan sape ekk? yang mamat nickname yada yada yada... jodoh tru forum yada yada yada... "

ok yada yada yada tu abaikan je la yer... malas taip dialog panjang beno...

OKWED rasanya sebab Hani tanya kat aku yang tak rapat dengan Lisa ni, tapi aku tau la ape yang berlaku.... lagi OKWED sebab aku pun tak dijemput tapi si Hani ni dok gembira cerita pasal dia dapat invitation tu... OKWED betul!

apesal laa Hani tak tanya kat bekas kawan baik Lisa bernama Suri? (bekas kawan baik kauuu...) Suri mesti la lagi tau serba serbi pasal Lisa... hihihi.... sedap sikit drama telemovie ni... bayangkan kisahnya tetiba Hani pegi PM Suri yang tak tau pun pasal Lisa nak kawin... oohhh apekah akhirnya kisah telemovie ni?

produser bole amik idea ni, bubuh tajuk OKWED LisaSuriHani! 

sebenarnya aku tak kisah pun pasal jemputan tu... in fact memang tak bole pergi sebab jauhhhhh...ni sape lagi kawan yang kawin jauh2, aku kena sediakan tabung bernama - tabung untuk attend wedding yang melepasi sempadan Wilayah Persekutuan. kena kumpul tambang sekeluarga. kalau KL tu aku bole gagah lagi pasal kalau nak balik hari pun bole... habis sudah pun naik bas express je. eh!

ok jugak tak jemput, tak menjadi satu tanggungjawab aku nak kena pegi... ada pendapat kata kalau dah dijemput, wajib pegi. (uuuu ramainya kawan yang wajib datang mase aku wedding dulu, ai sanggup beli stem semata2 nak jemput guna kad tau... ada yang siap dapat 2 keping kad, 2 kali pos! haaa nasib dia datang... =p)

dah! habis kisah aku merapu pasal OKWED... bai!

4 comments:

  1. okwed teros bile bace entri ni..haha!

    ReplyDelete
  2. drama sebabak lisasurihani tue..aku rasa macam ada sipi2 kena ngan aku ler.. boleh gituuuu... wajibb eeeehh.. cam tue kalau time tengah push2 aku mewajibkan lah diri aku mengpush depan pengantin.. muehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. harus pengantin yang sambut terus duduk atas pelamin si ahfir tu...

      Delete