25 August 2014

Aku ada banyak hutang

oleh itu, status dari FB Faiz Sufi ni elok la aku tepek sini... biar senang aku nak carik balik, baca balik, jadi pedoman...

Ulangkaji.

Saya ada banyak hutang.
tapi tak tahu nak bayar yang mana dulu.

=======================
Ilmu kewangan bayaq hutang.

1- Bayar yang paling tinggi interestnya dahulu.

2- Bayar kepada institusi yang boleh merosakkan kehidupan kita.
i.e prioriti : Along > Bank > Saudara > Kawan.

3- Bayar hutang kecik kecik sampai langsai.

Contoh : Ada RM20k, better pergi bayar kepada
orang yang kita hutang RM5k seramai 4 orang manusia.

Sebab dapat tutup 4 mulut, dan kita dapat handle hutang entiti yang main surat sahaja i.e BANK. Jangan bayar RM20k kepada hutang RM80k punya orang/institusi.
*surat tak berapa nak bunyi sangat, sebab kita baca dalam hati.

4- Ada duit lebih - bayar hutang terus ! jangan gedik nak compounding kasi lagi besar kononnya.
i.e Beli produk untuk buat juai juai, nak guna duit untung bayar hutang.

5- Gali gali lubang. Jangan gali lubang untuk buat hutang baru, sekiranya diri itu liat membayar hutang.

Masalah kewangan adalah berpunca dari diri sendiri yang culas membayar ataupun ___________.
(isi sendiri tempat kosong mengikut kaedah berbelanja anda )

6- Downgrade your life. Kalau pakai Porcshe , pastu buat hutang. Jualkan lah reta tu, bayaq duit hutang tu dulu. Kalau ada Astro - cecuba pi potong. tengok astro kat kedai mamak ja. Kalau dok rumah banglo 600k, jualkan ja, duit lebih beli rumah kecik / duk rumah sewa murah ja...

7- Change your environment. Jangan hidup kat kawasan sara hidup tinggi. Berpindah pi duduk kat Guaq Napai. Makan murah, tol takdak, apa pun tak gaduh. Duit lebihan - start mutu pi bayaq kat bank di Jitra. Pindah hidup ke kawasan elaun COLAnya rendah

=======================
Hutang VS Zakat VS Sedekah.

7- Antara beri hutang kepada orang dan memberi sedekah, mana ganjaran lebih besar?
Beri hutang kepada orang kerana beliau berhutang kerana keadaan memerlukan yang mendesak.

8- Nak settlekan hutang? banyakkan bersedekah.
*dah try,memang menjadi.

9- Berzakat menyucikan jiwa dan harta.
Pakcik > Aku buat bendang supaya aku boleh berzakat ! Pakcik tu hidup susah, tapi gagah pi buat bendang juga, sebab dia nak jalankan rukun Islam yang ke 4. walaupun dia adalah golongan asnaf.
=======================
Quote dari kampung FB.

Tolong orang susah time kita senang, itu biasa.
Tolong orang senang time kita senang, itu standard.
Tolong orang senang time kita susah, itu luaq biasa!

Nasihat aku terima :

Kalau hang berhutang RM100k sudah rasa berat belenggu hidup-mu,
maka pergi berkawan dengan orang berhutang RM500k.
Kalau nak rasa ringan lagi RM100k tu,
pi berkawan dengan orang hutang RM5j

Bayarlah hutang PTPTN anda.
Pesanan ini dibawakan oleh : Sabun Buku Trojan.

=======================
entri aku : refer point no 6
pernah jugak ada orang suggest jual je rumah aku tu dan pindah sewa atau duduk rumah kecik... hehehe... buat masa ni biar la tercekik begik sekali pun kena jilat dinding rumah tu nak bagi kenyang perut, takkan aku let go.... yerlaa, sekarang ni nak beli rumah bukan senang..... bukan banglo pun, rumah teres standart jaa... lagipun tinggal 10 tahun je lagi nak habis... biasanya hutang rumah sampai bercucu pun ntah2 belum habis bayar... 

2 comments:

  1. ade ke, jual umah, soh pi sewa plak....heheh..
    setuju. sy dgn husband , klu ade duit,beli cash aje la..buruk pon xpe..jnji condition baik n x berhutang...
    ptptn - blm start bayar sbb ade kecelaruan amaun kt situ..org pinjam 3k, dia kate 6k..until now, blm setel.. -_-
    yg pening skg ni, kereta sy sdiri je...sedeyyy..ntah bile nk habis ntah...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah adala rezeki awak n family nanti dapat rumah sendiri, rumah baru lagik ^_^

    ReplyDelete