03 July 2014

Kisah minggu pertama puasa

sahur tahun ni masih hampir sama macam tahun lepas - makan sorang2. takut wyna terjaga kalau sahur sama2. tapi setakat ni tak pernah pulak dia bangun masa aku tengah sahur kat bawah...

tahun lepas mungkin la..sebab umur belum setahun, masih kerap bangun malam... hihih...sekarang dah tak kerap, kadang2 tak terjaga langsung...bangun bile dah pagi je...

tahun ni bangun sahur awal... around 3.45-4.00 pagi. sebab aku masak lauk pagi. nasik je makan lebih2 waktu buka. dan masak untuk bekal wyna. sambil tengok food network. masak - makan - siapkan bekal wyna - kemas dapur - baru la masuk bilik, kejut zuel sahur pulak... aku kadang2 berjaga sampai subuh atau kadang2 aku tertidur balik bile wyna terjaga mintak susu...

biasanya lepas subuh aku terus bersiap nak pegi opis. masuk macam biasa, balik cuma awal 20 minit. dan tahun ni zuel balik pukul 5 (tahun lepas 4.30) sebab office hour dia dah berubah. so far, 2 hari kitorang try n error, hasilnya sampai rumah tetap pukul 7 malam. takde beza macam balik normal hours.
 Onion Head Emoticons 130
day 1 - buka puasa kat rumah mak aku. sahur kat rumah mak mertua.
day 2 - dating tengok movie - balik petang, so tapau (masa ni dah nampak waktu petang jalan macam jammed jee).
day 3 - test pertama : zuel hantar aku pegi kerja, bila balik, dia amik aku dulu lepas tu amik wyna. masa tu hujan lebat waktu petang. waze anggarkan sampai rumah pukul 7 lebih dan faham sangat kat pulai mesti jammed gak... tak sempat masak, tak sempat pegi param. terpaksa buka puasa kat kedai.
day 4 - test kedua : aku hantar zuel pegi kerja, bila balik, aku amik zuel dulu, lepas tu amik wyna. hari tak hujan, tapi highway skudai jammed panjang sampai danga. tapau lauk je tapi sampai rumah pukul 7 malam. terus masak nasik. 7.20 malam baru nasik siap masak. buka puasa makan kurma dan oren je dulu... 
Onion Head Emoticons 130 sebab tu takde gambo yer.. busy busy busy..lagipun bukan aku yang masak...

tengok day 5 - test ketiga : hari ni aku hantar zuel pegi kerja, bila balik nanti, aku akan amik wyna dulu, lepas tu amik zuel. Will see lah hari ni pukul berapa pulak sampai rumah.

Tahun lepas tak se-busy tahun ni, sebab zuel balik 4.30, aku balik 5.10 jugak kot? (ke 5.20? sebab office hour aku pun baru berubah gak) disebabkan gap masa yang panjang nak tunggu aku amik dia, zuel decide naik bas terus balik rumah. so aku tak payah amik dia balik keje. aku balik keje, terus balik rumah, wyna pun masih kat taska masa tu. sempat laa sampai rumah pukul 6 petang. 

punca kelewatan :
nak kata sebab wyna duk ngan babysitter, takde effect sangat kot, just berhenti around 15 minit nak amik wyna masa odw nak ke opis zuel, kalau wyna tak hantar situ pun memang aku lalu situ nak amik zuel. mungkin faktor zuel balik pukul 5 petang dan aku kena amik dia dan balik lalu skudai yang jammed melaut tu yang buat lambat sampai. belum jammed kat pulai lagi... ada param kat taman sri skudai, memang bersusun kereta nak masuk dalam tu lebih dari normal... tahun lepas aku tak payah la lalu skudai, just hadap jammed pulai je... hmm hmmm

4 comments:

  1. aiyooo.. sangkut jalan jem.. banyak masa di habiskan atas jalan raya...

    ReplyDelete
  2. param tu macam bazar ramdhan la eh? 1st time dengo..haha!

    ReplyDelete
  3. param = pasar ramadhan...
    saya pun tak tau mana dapat shortform ni..haha

    ReplyDelete