14 July 2014

Hana ShazWyna

semalam tetiba zuel bukak baby center - nak baca pasal perkembangan anak umur 2 tahun...

lagi 3 bulan wyna genap 2 tahun. wawawa... kejap jer kan. 2 tahun dah boleh wean off susu ibu... hooo mesti nanti aku rindu waktu dia bf.... skrang pun dah makin kurang nak bf, banyak main, makan... minum macam2. kalau keluar berjalan tu dah takde masuk baby room lagi nak bf wyna... bf bile dia nak tido, atau dalam kereta - yang akhirnya tertido jugak.

aku jarang citer pasal perkembangan wyna dalam blog kan? ntah yer...terlalu banyak kot yang aku hadap (dan enjoy!) sampai tak tercerita. jadual kat atas tu mostly perkembangan yang biasa bagi anak2 mengikut umur. wyna pun camtu...

Wyna skrang dah mula nak bercakap. ada beberapa patah perkataan yang aku boleh faham :
Aiyi - Air
Amik - Ambil
Kak - Bukak
Chom - Jom
Atet - Sakit
Antekkk - Cantik
Nak - Nak
Anakkk - Tak Nak
Abah - Abah ler...ni 1st word kott dari baby lagi
Abuu - Ibu *grrr
Penn - Upin Ipin
Chet - Cat
Berk - Bird
Amim - Aamiin
Pish - Fish

masa umur wyna bawah setahun, dia selalu jugak la sakit.... sakit macam batuk, selesema, demam, ruam... yang serius sikit macam impetigo dan otitis media... mak2 lain kata, anak sakit ni perkara biasa.

Sakit tu datang bertukar ganti sepanjang umur dia setahun tu. bole kata wyna sakit macam hampir 1-2 bulan skali. memang aku rasa stress dan down giler2. aku morale down sebab wyna anak susu ibu. Biasanya orang pikir, kalau budak minum susu ibu ni susah nak sakit. antibodi kuat. tapi sebaliknya jadi kat wyna. ada jugak yang kata, sebab wyna duduk taska, memang la macam tu. 

Mak ayah aku cakap, wyna selalu sakit sebab aku belum buat akikah untuk dia sedangkan aku n zuel dah niat nak buat akikah... orang tua2 biasa kata camtu la, anak mudah sakit sebab ada hajat tak lepas lagi...

Hampir setiap 1-2 bulan skali ada je time wyna tak sihat, paling kurang pun batuk atau selsema. batuk selsema pada baby ni memang nampak macam penyakit biasa, tapi memang merunsingkan aku. kena pantau sebab baby tak pandai keluarkan lendir sendiri. kalau lendir dibiarkan lama2 bole jadi jangkitan yang lebih serius macam jangkitan kuman kat paru2 atau bahasa canggihnya pneumonia - yang sampai skrang aku tak reti sebut dengan betul.

itu yang aku risau kalau wyna selsema. nak2 lagi lepas wyna kena otitis media, bila selsema je, lendir hingus akan keluar jugak kat sebelah telinga dia yang pernah kena jangkitan tu... memang aku runsing sangat... masa wyna kena otitis media, doctor ENT cakap kalau tak sembuh, wyna kena operate telinga untuk masukkan something benda kecik kat dalam telinga dia... thats why aku memang risau giler kalau otitis media tu jadi balik kat wyna...

mase tu aku aktif kat fb group GNRAM - mungkin sebab tu aku jarang tulis kat blog pasal wyna sakit. apa yang aku rasa, aku stress ke, aku rasa down, aku suka tulis kat sana... setidaknya aku dapat panduan macamana nak rawat dan morale support dari mak2 garang yang lebih berpengalaman, takde la rase aku ni macam mak yang teruk sangat. lagipun kat dalam group tu, ada lagi kes yang lebih teruk dari kes aku ni...

masa umur wyna bawah setahun, dari situ lah aku belajar kurangkan penggunaan ubat batuk dan selsema. ubat demam PCM tu aku cuma bagi kalau suhu panas dah sampai 38 darjah. Antibiotik aku bagi kalau jangkitan dah tahap menanah. itu je. kalau tak perlu, aku tak bagi. ade je antibiotik kat rumah yang tak bukak lagi sebab wyna berjaya sembuh tanpa makan antibiotik. Alhamdulillah.

berkenalan la aku dengan bawang putih, minyak zaitun, habbatus sauda, madu, minyak kelapa dara... apple cider vinegar, probiotik, olivenol (jus buah zaitun)... jadi enemy kejap dengan fast food, processed food memang no no no lah...
masa wyna umur 1 tahun 3 bulan (januari 14 - aku tulis dalam kalendar ni), dia kena impetigo + selsema lagikk! lepas tu demam lagi pada bulan Februari 14. sampai satu tahap aku macam dah give up sikit. so aku pun decide bagi wyna makan omega guard shaklee (Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA). aku masa tu belum jadi dealer lagi. aku baca supplement ni sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma dan memperkuat sistem imunisasi badan...tapi tak boleh la bagi selalu. aku bagi dalam 1-2 kali seminggu masa wyna sakit je...

lepas tu, aku ngan zuel bincang pasal akikah wyna. masa mula2 plan, memang laa kitorang nak buat majlis kenduri, tapi kekangan masa dan bajet. kalau nak buat majlis, bajet memang lebih sikit. kitorang pun dah tanak delay2 lagi nak tunggu masa yang sesuai, so kitorang decide guna khidmat Ez-Q je lah...


Aqiqah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan dalam Hadis yang bermaksud :
"Daripada Samurah, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda tentang Aqiqah : Setiap kanak2 bergantung pada Aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya.."
Perkataan 'aL-Murtahin' dalam Hadis di atas membawa maksud 'Anak tersebut tidak memberi Syafaat kepada kedua ibubapanya pada Hari Kiamat nanti jika ibubapanya tidak melakukan Aqiqah untuknya..'

aku tak pasti la ni sama ada kebetulan ke tak.... sejak tu, wyna dah kurang sakit. kadang2 ada batuk selsema tapi tak seteruk dulu. Demam...februari tu lah last wyna betul2 demam.

sama ada kebetulan sebab akikah, sebab supplement atau memang sebab wyna dah makin besar, imun dalam badan dia dah makin kuat...

apapun sebabnya, aku bersyukur, lega tahap kesihatan wyna dah makin baik skrang. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. eeeh ehh dapat sijila lah~~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,,, kalau upah memang dapat sijil

      Delete
  2. Moga Wyna, Ain & Zuel sentiasa sihat sejahtera hendaknye.. hiks~

    ReplyDelete