18 July 2014

Copy dari Fynn Jamal's status - 26 February 2013


kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah-- rasa macam tak adil.

ye lah. kita macam nak mampus keluar pagi balik petang, dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"-- rajin, cekal, tekun, berusaha-- SEMUA-- masih rasa malang.

rasa iri. benci. busuk hati.

kenapa dia? KENAPA tidak aku?

kemudian kita pergi cermin. tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap-- "kesian kau".

*pause*
selalu, kan?

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin. kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah-- PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia-- selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk. nasib baik. ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu. nasib baik. ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak. nasib baik. ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat. nasib baik. ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok. nasib baik. ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada. nasib baik. ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

ustaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama-- selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali. ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan. ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis. ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?

sorry, rabbi. kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa. dan syukurnya! kita masih ada nyawa.


******************************
tapi hari ni Jumaat. yang mana bila aku bangun sahur, aku check wassap, diberitakan tentang MH 17.
Malaysia di uji sekali lagi...


tapi aku menyampah kat orang pertama yang suke edit gambar lepas tu share...

meluat kat orang pertama yang share video kapal terbang US terhempas kat Afganistan dengan hashtag #MH17


sungguh tak paham, apa dia rasa? suka? best? takde otak? rendah moral?

No comments:

Post a Comment