11 July 2014

Boikot boikot boikot

boikot...
selama ni. jujur aku cakap, aku tak lah sangat serius dalam isu boikot Israel ni.. pernah jugak zaman aku budak2 dulu, aku buat lawak nak campak emac keluar tingkap. lepas tu ade forumer cakap aku melatah kuat. ala.. lawak pun tak boleh. ok, maybe its not funny.


ps : lebih baik boikot menda ni dari dok promot - boikot barang cina dap - fb page. eh!

nak boikot barang jualan cina boikot je la... ade pulak cina dap cina mca... pilih2 bulu. eh! masuk bab politik pulak... 

since Palestine diserang pada malam kemenangan Germany (aku tak tengok pun, baca news je - tu pun fb news)... esoknya aku pun - Sorry Bos! Aku Terpakse Berhenti Kerja - eh bukan... sorry! terpakse cuti puasa. dalam kepala ape lagi... tengahari nak drive thru mcD je la. bukan nak sangat, tapi sebab tu je yang mudah nak drive-thru. kalau aku ada modal besar, nanti bole la bukak restoran "teh tarik drive thru".

tapi kali ni aku rase tak tergamak. bile tengok gambar2 kat fb, lagi aku.... ntah la... kali ni betul2 sentap dan sedih. apa lagi tengok budak kecik baya2 wyna tu pun terkorban. mungkin sebab aku dah makin tua, dah jadi mak... naluri tu lain... bukan sebab aku tanak makan mcD kerana ikut2 org nak boikot. kalau nak ikut-ikutan.... dah lama aku boikot... tapi memang takde selera. rase cam tak tergigit burger tu... terbayang gambar2 mangsa kat Palestine...

tapi aku tak citer ngan zuel. agak rutin jugak, beberapa bulan terakhir ni kitorang pegi breakfast mcD - senang, mudah, ada menu simple untuk anak2, dan playground (nak masukkan element ni bile ada rezeki bukak kedai makan - berangan2 dulu) berbanding kalau aku bagi wyna makan soto kat restoran masakan melayu, memang selalunya kena salin baju lepas makan. pada mulanya aku bajet zuel mungkin cakap aku poyo je nak boikot mcD.

semalam masa bukak puasa, tiba2 zuel cakap - "kesian tengok baby2 baya wyna ni kat palestine... "
aku diam je. lepas tu dia sambung "lepas ni slow2 la kite cuba tak payah makan mcD"


aku terus stop makan. dengan excited aku jawab "Gooood!!" sambil angkat ibu jari. lepas tu baru la aku cakap - memang aku pun ada fikir macam tu, tak sangka zuel pun fikir perkara sama... tapi tak payah la buat lawak nak buang semua barang... mana yang perlu dan boleh boikot, aku boikot. tak dapat terus, cuba kurang2kan sampai boleh... 

aku cakap kat zuel - "lepas ni tak boleh la minum nescafe"
zuel jawab - "banyak lagi brand kopi lain..."

habis kisah boikot...

ni aku nak sound sikit sikap negatif sesetengah orang... peringatan untuk aku jugak... 

orang yang suke pikir negatif, bila orang lain buat baik pun dia tetap pikir negatif.
dah kalau idup hari2 nak pandang yang negatif saja, memang perkara negatif je la yang akan jadik.
harap faham kenapa kekadang hidup tu rasa tak best, kenapa rase macam selalu dapat malang je,
sebab fikiran yang negatif akan menarik perkara negatif, hidup jadi tak best.

mohon sedar.

2 comments:

  1. good!!! sy pon dulu boikot jugak..skrg pon masih boikot tang mekdi , loreal...cuma 1-2 kali tu tersasar dari memboikot mekdi kerana tak istiqamah time travel jauh, kedai mkn melayu penuh..yg available adalah drive thru mekdi je..hukhuk...mase tu, lepas mkn, mngadu plak kt asben, rse mnyesal..

    3-4 hr ni, kurang mengulat kt fb..sebab x terdaya nak scroll ke bwh..tp dlm hati, tetap doakan dorang...serius, sy x sanggup pon nk online lelame..~ :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gooood!! Awak ni nampak je cam brutal kat luar kan...

      Saya kuatkan hati je la baca dan tengok gakbar2 tu...tapi sanggup tengok kejap je... pastu cam nak nangis...

      Semoga Allah terima usaha2 jihad kecil kita ni..aamiin

      Delete