22 July 2014

101 Tips untuk Supermak


Seorang isteri dan ibu bertanggungjawab melayan anak dan suami...

Kerja rumah bukan tanggungjawab total. Tapi selalunya memang orang perempuan yang akan take over kerja rumah... agaknya sebab perempuan lebih detail dalam bab ni. dan lumrah kot perempuan kebanyakannya tak suke rumah kotor bersepah. sekurang2nya tak lah bersepah giler... 

Lelaki.. ada jugak yang pandai buat kerja rumah..ngalahkan perempuan pun ada... tapi tak ramai lah. Ni aku cakap base pada "kebiasaan"...So tak heran la kan kalau perempuan yang dulunya ayu..sopan.. memalu.. tapi lepas kawin... nak lagi lepas beranak rupe dah nak dekat sama macam singa dan tak se-vogue macam zaman bujang dulu...

Jiran aku anak 5 orang.. kadang2, kalau weekend semua ada kat rumah, aku bole dengar suara dia memekik. Aku cakap kat zuel.. kalau banyak sangat benda aku kena settlekan kat umah ni... sikit lagi aku jadi la macam jiran aku tu... haha. ni anak baru sorang, aku bole control lagi. lagipun aku tak nak wyna pun ikut suke menjerit2, so aku tak boleh jerit kat dia... *tips mengajar anak

Melawa lepas kawin tu memang lebih penting... tapi aku paham... bile kawin tu, perempuan dah banyak komitment. Kadang2 sendiri pun tak sempat nak melawa sebab dah penat sangat. Tak payah jauh la... citer aku je ni... contoh pendek...

Balik keje semalam dok berkejar nak masak nasik..siapkan hidangan berbuka. Bile sampai waktu buka puasa.. anak pulak sibuk nak beriba. Nak makan jugak. kalau duduk diam takpe, ni amik garfu kacau2 nasik aku dalam pinggan sampai aku nak makan pun tak tenteram. mulut bising sebut "nakk! nakkk!" ohh.. nak makan nasik. (jarang wyna mintak nak makan waktu aku berbuka) So aku makan sambil layan anak.... sambil suap dia makan nasik. Fokus? Tak... kenyang? Kenyang. Tapi kenyang sebab makan nasik sambil buat keje lain. Tak boleh makan lauk pedas sebab kongsi pinggan dengan anak. Nak asing2kan nasik biar wyna makan sendiri pun rasa tak berbaloi. Kecah lebih makannya tak seberapa.

Tengah makan.... suami yang dah siap makan awal2 dah pegi rehat. Suami tak sihat. Jadi dia memang baring je la. Tinggal la aku layan anak makan. Suami sempat pesan buatkan kopi panas lepas aku habis makan. Ok tambah job task lagi. Aku dah siap makan... tapi tak boleh bangun sebab kena tunggu anak pulak habis makan.

Bila anak dah kenyang tak nak disuap lagi... aku tinggalkan meja dengan sepahnya macam tu je. Kena uruskan anak dulu. bilas kaki tangan mulut dan muka...terus salin baju. Maunya tak bilas macam nak mandi, makan nasik sampai naik atas kening.
eksyen eksyen makan sendiri

Baruuu nak pakaikan baju... anak berak pulak. Pegiii pulak cebuk anak. Dah cebuk, anak lari2 masa nak pakai pempers. kadang2 aku tak sabar, kena cepuk jugak kat peha tu. I was in hurry, takde masa nak main kejar2 dengan anak. aku cakap "wynaaa! cepat la... ibu nak ngemas, nak buat air untuk abah, nak solat!"

Perlu difahami ye... ayat tu sebenarnya bukan untuk anak pun. tapi lebih tuju kat bapak. nak bagitau - helo cik abang, saya isteri awak ni, banyak keje nak buat lepas ni, tolong bagi anak behave bole tak? ataupun maksudnya - tolong la sama2 kemaskan rumah, I penat nak buat semuaaa... - haa gitu. tapi sebab zuel tak sihat, aku tak kisah la. kalau tak, aku mintak dia tolong cebuk anak, tolong pakaikan pempers sementara aku buat kerja lain.

Lepas anak dah siap... aku buatkan kopi yang dipesan. Kemudian baru la kemas meja. solat maghrib pukul 8 malam. Lepas solat sambung keje rumah... basuh pinggan mangkuk yang aku kumpul kat sink tadi. Kemas dapo.. lap apa yang tumpah.

Then sidai baju yang dah basuh awal pagi. Sambil buat kerja sambil anak pun ngekor sama tarik2 seluar aku. kalau pakai kain batik dah lama terbarai. Berjujuk peluh. Dah peluh..bau masam balik. Padahal dah mandi. Dah tu dengan masam2 gini nak tido ngan laki?

Sebelum tido kena siapkan apa yang perlu untuk esok. Lauk bekal anak. Pakaian anak untuk hantar kat babysitter. Baju kerja kami (kalau tak gosok waktu weekend)... ni anak baru sorang... yang anak ramai macam jiran aku tu? No wonder la kadang2 dia bertempik kan... Penat, stress, kejar masa nak buat itu ini... 

So aku faham jugak kenapa ada isteri merangkap ibu yang kadang2 terselekeh (kecuali yang memang jenis pemalas). Aku paham jugak ibu yang kadang2 terlepas pandang anak jatuh ke... anak tengah lasak dan tak dapat nak perati 24jam... kalau rumah ada bibik tu bole la melekap ngan anak je... tak payah pikir pasal kerja rumah...

Zuel pernah cakap... banyak kali dah kot. dia kata... biarkan dulu keje2 rumah tu, layan dia, layan anak. tapi...tapi... naluri aku, mata aku tak boleh laa biarkan meja makan tak berkemas lepas makan, tak boleh la biarkan singki dengan pinggan mangkuk periuk gelas bertingkat2... tak boleh laa biarkan baju kotor seminggu tak basuh... tak boleh.. macam tak tenteram je rasa... 

aku cakap, kalau rumah sepah, kotor, kang laki bosan nengok, balik rumah penat tapi rumah macam tongkang nak tenggelam. kang kalau dah bosan sangat, mula la nak lepak luar, mula la alasan ade skendel. *paranoid statement.

lepas tu zuel cakap... habis artis2 yang rumah cantik bersih kemas tu... ada bercerai jugak kan... 


aku rase elok jugak aku print senarai ni, tampal kat dapur...

2 comments:

  1. hahahah!! memang kena la situasi awk ni dgn mane2 isteri pon..kadang2 bukan husband takmo tolong, tapi anak lebih nak kat ibu, pastu keje kat umah, kite prefer kite yg buat jugak sbb lebih detail. yang tak boleh dimahapkan, kalau jenis dah ade orang gaji , tak bekerja plak, tapi masih tak mandi smpi pukul 6 ptg..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ape awak cakap tu...bukan suami tamo jaga anak, tapi anak tu nak kat mak-nye. dah tu kerja rumah pulak kadang2 suami takde mood nak buat, atau tak menepati piawaian isteri (tau je laa lelaki kalau buat keje rumah yg biasa isteri buat)

      thats why saya pun tak bising kalau suami dah tolong buat kerja rumah, janji dah tolong...sidai baju rebeh pun rebeh laaa bang...

      Delete