07 July 2014

1 Tahun ke atas - Pasta Ayam Sos Putih

menu simple yang wyna suka...
kemain tau... makan nak suap makan siap tadah sebelah tangan

Bahan-Bahan
  1. 2-3 genggam pasta... sukahati nak pakai jenis apa. Aku pakai bentuk cengkerang. Kuantiti bergantung pada berapa banyak anak nak makan. Kalau pasta yang siap rebus tu ade lebih, aku simpan untuk stok 2-3 hari... bole buat lain2 menu pulak...
  2. 2 sudu Butter / Minyak Sapi
  3. 2 sudu tepung jagung / tepung atta - bancuh ngan sedikit air sampai jadi paste. 
  4. 2 cawan susu - sebaik2nya susu segar. Kalau takde...susu campuran dalam kotak tu pun bole laa... (tak bagus sangat sebab tu susu tepung yang dibancuh semula, sebab tu tarikh luput pun sampai setahun, harga lebih murah berbanding susu segar yang tak tahan lama dan kena simpan sejuk selalu dan mahal sikit, rasa pun tak semanis susu bancuhan semula)
  5. 1 cawan air
  6. Bawang putih kisar 1 sudu besar 
  7. Bawang merah kisar 1 sudu besar
  8. Daging ayam - sukahati nak berapa banyak, agak2 la..takkan sos semangkuk, ayam satu kuali kan... aku guna dalam 2 ketul dada ayam, potong kecik2... 
  9. Daun sup + daun bawang
  10. Stok ikan bilis homemade / Garam untuk anak lebih 2 tahun...
Cara-Cara
  1. Rebus pasta, toskan.
  2. Dalam kuali, cairkan butter / minyak sapi.
  3. Tumis bawang sampai bau sedap
  4. Masukkan daging ayam, tunggu masak...
  5. Tuangkan paste tepung - kacau2 sekejap
  6. Tuangkan susu, kacau sebati. Kalau rasa agak pekat, tambahkan air
  7. Tabur sikit stok ikan bilis
  8. Masak bila dah mencapai kepekatan yang diingini... aku buat tak pekat tak cair... 
  9. Tuang atas pasta, tabur daun sup + daun bawang
Siap! Kalau wyna tak abes makan, aku yang akan habiskan. caranya, modified tambah lada hitam + keju...nyummy..!

Sebenarnya takde sukatan sangat pun kalau aku masak untuk wyna...campak2 je agak2... resepi biasanya bole je nak ubahsuai... kalau ade sayur, bole tambah, carrot ke... cauliflower ke... brokoli ke (tapi sejak2 ni malas nak letak brokoli, menu jadi pahit)

motip letak penutup mangkuk kat gambar - nak share info, tu jenis yogurt yang aku selalu guna untuk wyna. Natural yoghurt, 100% Genuine Fresh Milk Yoghurt - bagus untuk bina antibodi / bakteria baik dalam badan. mengandungi 90 billion CFU Kultur Hidup - Probiotik.

beli jenis full fat - sebab baby memerlukan lemak untuk tumbersaran. 

No comments:

Post a Comment