03 June 2014

Kita perlu jadi seorang "REALIST"


Hanya orang susah yg kenal dan tahu rasa susah. Jadi apakah rasionalisasi org senang bila nak kata org susah itu pemalas?
Tahukah kita bahawa keadaan tidak pernah menyebelahi org-org yg susah. Sbb itu org-org yg senang perlu lebih peka pd keadaan yg harus diharungi oleh org-org yg susah.

Undang-undang buruh dan undang-undang keselamatan kesihatan pekerja lebih memihak kepada pekerja dari berpihak kepada majikan. Kenapa agaknya?

Kita sebagai pekerja selalu diingatkan bahawa kita perlu kerja keras dan membuat kerja lebih masa utk menampung keperluan asas dan kos kehidupan yg meningkat. Tak boleh pikir nak kerja senang shj. Betullah tu tapi sehingga tahap mana kerja keras itu? Prestasi kerja akan terjejas jika masalah-masalah kesihatan, kewangan dan kekeluargaan tidak dpt dibendung atau diselesaikan. Janganlah sehingga kerna terpaksa berkorban kita turut terkorban. Keputusannya tetap tidak memuaskan atau menyebelahi yg berkorban tadi.

Secara asasnya dalam sebuah kehidupan kita perlu ada masa rehat utk menjaga kesihatan fizikal, masa bersama keluarga dan rakan-rakan utk menjaga kesihatan mental dan masa beribadah utk menjaga fizikal, mental dan emosi.

Dalam ertikata lain mencari kebahgiaan dalam kehidupan. 

Kita perlu memerdekakan diri kita dr belenggu keterpaksaan dan perlu memperkasakan diri dgn ilmu dan mendapatkan bantuan yg sewajarnya yg membolehkan kita berdikari.

Setiap dr kita pula tidak melalui keadaan atau mendapat peluang yg sama. Kerana itu, kita tidak boleh menghakimi seseorang atas dasar pengalaman kita sendiri atau dr bahan bacaan. Sebab cara setiap manusia menyelesaikan masalah adalah berbeza.

Sebagai org susah pula kita perlu sedar diri dan harus boleh membezakan apa yg penting dan yg praktikal.

Org-org yg senang pula jangan lekas nak letak standard pencapaian kamu terhadap org-org yg susah. Bukan semua orang boleh jadi angkasawan. Maksudnya disini ialah kalaupun kita masih ada peluang utk belajar mahupun sekadar menjadi penumpang utk menaiki kapal ke angkasaraya. Apakah faktor masa, umur dan kesihatan menyebelahi kita? Maka kita perlulah rasional dan bijak dlm membuat keputusan.

Kita perlu jadi seorang "REALIST".

Apakah kita mampu menjadi seorang juruterbang kalau kita buta warna atau rabun, walaupun kita telah menimba ilmu yg sepatutnya?

Jawapannya sudah tentu tidak.

Jadi adakah orang-orang yg susah itu mahu jadi susah sebenarnya?

Jawapannya juga sudah tentulah tidak.

Jadi seorang juruterbang tidak boleh berkata semua orang boleh jadi juruterbang dan orang yg senang tidak boleh berkata bahawa semua orang susah itu pemalas.

>>> shared from FB Izzee Sulaiman feeling human <<<

2 comments:

  1. best motivation words..agree. kalau kita senang, jgn anggap org yang susah tu malas...

    2-3 menjak ni asyik update pasal keje..i bet you must be ready to skip job kot..:)

    ReplyDelete
  2. dah ready to skip tapi lom ade yg panggil... jadik kite main skipping dulu lah!

    ReplyDelete