22 June 2014

Kisah budak OKU

Istiqfar je la aku baca news feed hari ni... setiap 10 saat aku scroll jumpe kisah budak ni....

Aku bukan la nak kondem.... yela..aku pun tak tau kalau aku ade anak oku adakah aku jadi ibu yang baik? Tabah? So serba salah antara nak abaikan dengan sebab "aku tanak komen sebab aku tak melaluinya" atau nak melayan emosi sentap dek mata yang dah tertengok berkali2 ni??

Last2 aku tinggalkan jugak beberapa komen lepas baca berita penuh dan stalk fb mak budak tu...

Ok fine.. aku bole komen pape je yang aku rase tapi aku pun tak berada dilandasan yang sama dengan mak budak tu. Aku cuma bersandarkan logik dan fitrah sebagai manusia yang berperikemanusiaan. Pada aku alasan terlalu tertekan sampai tak boleh buat tindakan waras tu macam tak boleh nak diterima. Kucing orang kutip pun reti je letak tempat bersih dan bagi makan elok2...

Aaa yela..kucing bukannya menyakitkan hati ye tak? Aku baca dan difahamkan anak CP ni kalau orang tak sabar memang mencabar kemarahan dan yeah...bole bertindak luar kawalan. Dan budak cp pun ada yang memang kurus macam tu. Ok so aku tak boleh judge..tak layak nak anggap pape. Ok baiklah. Mari berfikiran positif...

Mungkin mak dia memang orang susah..keje sekadar mampu balik bagi anak makan dalam polisterin aje. Mungkin rumah dia takde air...mana tau kot kena catu lagi...tu yang anak tak mandi... mungkin...mungkin mak dia terpakse... gambar2 dalam fb tu mungkin gambar lama...tak boleh digunapakai untuk menggambarkan kehidupan dia skrang...

Tu pasal kekadang aku buat tak perasan je kalau berita macam ni.... dah la tak boleh nak menolong...mengomen aje tau kan. So diam aje lah yang terbaik.

2 comments:

  1. baru perasan post nih! anyways , since entry awk ni di-post , dah banyak perkembangan . bulan2 pose ni, sy tpaksa kunci mulut kejap drpd marah2.....hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu perkembangan yang baik...ihihihi

      Delete