26 June 2014

Botol Susu

hokey... ada permintaan. perasan kejap la macam blogger pemes kan sebab ada request dari kaka meja sebelah...

puiik! - kata beliau mungkin.. aku beli botol susu sebelum wyna lahir. ciri-ciri botol susu dambaan adalah :

>>> design yang rare - ini tebiat biasa kebanyakan designer, kalau bole tanak yang orang biasa pakai lepas tu menyusahkan diri sendiri dikemudian hari
>>> tidak menyebabkan konflik bayi antara breast dan bottle - ada baby dah biasa ngan breast, tak nak minum botol, dan sebaliknya... 
>>> harga mampu beli - ini wajib... demand cemana pun kalau tak mampu, tak dapat la...
>>> mempunyai puting anticolic - ini penting bagi mengurangkan kadar udara yang baby sedut dari botol...takut kalau baby kembung perut
>>> BPA free - pastikan bahan plastik yang digunakan tu jenis yang selamat, tak bertoksik...
>>> susu tak keluar jika tidak dihisap - tonggang tonggek pun susu takkan mencurah...menitik sikit tu bole terima lagi...
>>> botol jenis "wide mouth" - puting botol jenis ni biasanya melebar macam breast dan baby minum melekap macam tengah bf jugak... *bole google macamana lekapan penyusuan yang betul
baby latching 

the first years - Breastflow
bila dah puas hati baca review dan compare harga, timbang tara kurang lebih termasuk la terlebih berangan, so aku decide beli :

kenapa? sebab pengaruh puting dia... bole baca :
aku pilih puting macam ni sebab aku bayangkan, baby kena gerakkan rahang untuk dapatkan susu, konsep ni sama macam breastfeeding. kebanyakan botol susu biasa, bila tuang je botol, susu dah keluar, so baby tak payah nak "berusaha" sangat. risikonya, baby mungkin dah tak nak direct BF sebab dah sedap minum pakai botol yang lagik senang nak dapatkan susu. aku dah test, puting susu ni kena picit baru susu keluar. haaa faham ke faham?

penutup puting botol ni bole letak kat belakang botol. senang kan, tak letak sepah2... tapi masalah botol ni satu je - cabaran nak basuh. puting ada 2 lapis so kena basuh extra 1 piece (berbanding botol biasa). kena basuh dan berus betul2 sebab bentuk yang berlekuk berliku. bentuk puting dia memang agak menyusahkan bila nak basuh... - ini yang dinamakan rare pastu menyusahkan diri sendiri.

aku suke botol dia. penutup bekas bukan jenis sealing disc yang biasa kena selit kat lubang puting. bole guna sebagai storage EBM. tapi skarang puting botol susu tu pun aku dah buang. aku cuma simpan botol dengan penutup nak buat isi benda lain. botol susu bole guna 6 bulan je. kalau macam masih elok dan sayang nak buang, bole recycle untuk isi benda lain (bukan makanan)

Philips Avent Natural
aku terjebak dengan botol susu avent bila aku beli manual breastpump Philips Avent Natural.
aku memang tak plan pun nak pakai botol ni...tapi dah dapat set botol + puting, guna je la...
size cuma 4oz. memang comey. disebabkan aku malas nak tukar2 botol masa pumping bila susu dah penuh, aku beli pulak botol size 9oz... dahh dapat 2 set botol + puting - 4oz dan 9oz. sikit lagi nak beli 11oz tapi tak jadik...ehehe. ok, botol saiz kecik ni aku guna untuk susukan wyna bile keluar jalan. masa 3 bulan pertama kan aku pumping mother, lagi senang bawak botol ni, bole pump lepas tu terus pasang puting...dahh siap untuk wyna!
botol ni ada ventilator anti-colic. kualiti material bagus, "screw ring" tebal dan ketat, susu tak mudah leaking. mudah dicuci. silikon puting agak tebal kalau compare dengan tommee tippee... ohh ye, aku guna botol tommee tippee gak...

Tommee Tippee
Bila dah nak masuk kerja, aku cadang nak bagi bekalan susu dalam 6 botol siap puting kat taska. Niat nak mudahkan teacher. bile dah rase sedap pakai botol Avent Natural tu, ada laa jugak teringin nak beli 6 bijik. tapi oleh kerana harganya boleh merabakkan kocek, maka option kedua - Tommee Tippee
  • 9/10 moms agree
  • easy to switch between breast & bottle feeding
  • fastest growing bottle in America
botol ni memenuhi semua ciri2 dambaan, cuma tak la rare sangat. sepupu ramai guna botol ni untuk anak diorang.. bentuk botol pun mudah dipegang. bagi aku perbandingan cuma dari segi material. avent lebih tebal serba serbi. TT pulak kurang sikit, tapi bukan bermakna takde kualiti. kualiti bagus jugak. harga botol dan puting lebih murah dari avent, puting TT lagi senang nak cuci berbanding Avent... pada aku , keseluruhan puting TT lebih flexible berbanding puting Avent. bukan keras... tapi puting TT ni senang nak terlipat atau terbalikkan masa cuci berbanding puting avent yang tak boleh nak diterbalikkan.... ehhh faham ke? haha
sehingga hari ni wyna masih minum dalam botol 5oz dan puting lubang kecik. teacher dan babysitter wyna cakap wyna just minum pun 4oz. sebab tu aku tak beli botol besar untuk wyna. kalau la wyna perlukan botol 9oz, botol breastflow tu pun masih ada...bole pakai yang tu je...

TT ni ada jugak design yang comel, hari tu ade design botol limited edition sempena kelahiran baby kate middleton, tapi kebanyakkannya untuk saiz 9oz (dalam pasaran tempatan). Botol TT ni jugak bole transform jadi sippy cup.. bole beli berasingan... 
tapi aku tak sempat guna benda ni... wyna dah besar, aku terus ajar minum guna straw... okey? harap komen panjang lebar ni membantu korang buat pilihan yer...

4 comments:

  1. kakak meja sebelah takder tanya..tapi jiran sebelah umah nie nak tanya.. kiranya nak sedap and kualiti trylah beli semua-semua nie kaaan kan kan? tapi botol yang 1st tue memang cuma boleh guna 6 bulan jer ehh.. tak leh lebih ehh? haiyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua botol lifetime 6 bulan, teat 3 bulan.. satu lagi kesesuaian botol ni depends pada baby gak.. ade baby yang fussy pilih botol... kena try n error

      Delete
  2. Tengah sevey botol susu utk baby..pening dah asyik refuse botolll..huhu tqq for info 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba pigeon peristaltic teats, ramai komen anak terus suka bila tukar teats jenis tu... tak kisah botol apa, asal bole muat masuk..

      Delete