24 June 2014

Belajar men-design zaman sekarang dah tak susah!

tajuk paling panjang setakat ni... sekrang ni senang dah blajar grafik... template berlambak, tak payah pening2 nak mahir sangat pakai software...



so itu sesuatu yang bagus ke tak bagus?

aku malas nak komen sama... lagipun ni kat page tuan tanah...so biarkan, itu "rumah" dia. tapi aku setuju dengan komen sedara Reza ni... topik yang hampir serupa dah pernah dibincangkan dalam satu komuniti grafik. tak payah dah susah payah nak blajar bertahun, buat pinjaman pendidikan, masuk uni, masuk kolej, blajar element prinsipal segala konsep mak nenek tu demi cita-cita menjadi orang creative.

zaman skrang ni asal ko tau guna sikit2 software (bole tengok utube je) lepas tu download je la template2, vektor2 free ke, template beli ke... tadaaa! pling! siap sudah satu design. pastu jual...dan bole jual murah2 je. sebab? dah proses nak buat pun mudah. so bole letak harga murah.

yang betul2 ada sijil creative dan ber-kredibiliti dalam design peciter? terpakse la telan bile client mula compare2 harga... so siapa yang merosakkan industri grafik? designer jugak la kan? akhirnya artwork dah takde nilai. yelah, benda dah mudah dan harga murah...kerja creative yang mengikut process flow yang betul tidak lagi dihargai... 

2 comments:

  1. sy ade sorang sepupu yang suke download benda2 ni pastu edit , dan jadilah photo album..
    tapi , pada pendapat sy la , kalau tengok flyers ke, wedding album ke...kite blh bezakan the real graphic designer dan 1-stop-download kids.. boleh beza . sebab dorang tak belajar basic kot.. bile kite tgk , album diorang xde "jiwa" --- camane nak translate tu? ahhh..lantaklah!
    my point is , jgn risau tentang ni..orang tetap percayakan kualiti dari the real graphic designer. :)
    *tak pandai langsung bab design grafik ni , hehe..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..betul. senang cakap design dari pure GD dengan yang blajar sendiri lebih pro. tapi kekadang org bukan kisah sangat pasal design, janji murah.

      Delete