18 June 2014

Ada budak ikut aku!

fast entri sementara masih panas dalam kepala.

tadi.. ye tadi tengahari waktu lunch, aku keluar amik kesempatan pegi branch Shaklee, dan lepas tu terus ke post office nak deliver barang. Alhamdulillah semua smooth, jalan tak jammed, branch tak ramai orang, post office pun lengang.

aku singgah je post office dalam carefour (Aeon Big Pandan). masa tengah berjalan menuju ke level 1, ada sorang budak perempuan terus jalan seiring sebelah aku macam aku ni mak dia. dari keadaan budak tu agak tak kemas, lingkungan umur 4-5 tahun. aku syak dia anak peniaga kat situ. aku toleh2 jugak keliling sambil berjalan tu, kot la ade mak dia kat situ. tapi takde. ntah ape dia bebelkan sambil cuba nak pimpin tangan aku. aku dah mula cuak.

budak tu terus ikut aku naik tangga ke level 1, sambil tu aku tanya la "adik...mak mana?" berkali2 aku tanya, jawapan tetap sama "mak kat rumaaa..." rilek je. lagi aku makin risau. aku dah pikir macam2 :

- budak ni sesat?
- budak ni dari umah ke keluar sorang?
- ilang mak?
- sindiket nak perdaya aku? (ala kan pernah baca kes sindiket guna budak2 untuk tarik orang dewasa)
- ape nak buat pasni? bagi kat pengawal? polis? ada balai ke dalam ni?

aku memang tak fokus nak berurusan. kepala aku asek ingat pasal budak ni je. sementara aku settlekan parcel, ade la family lain beratur sama, bawak anak jugak. budak ni pegi la main ngan anak orang tu. sampai mak budak tu marah anak dia, dari gaya bahasa, aku yakin mesti dia ingat aku mak budak yang aku jumpe ni...

selesai urusan, aku teragak2 nak blah. sebab budak tu dah tak kisahkan aku lagi dah. tapi since budak tu memang ikut aku je mule2 tadi, aku takut la pulak nak tinggal gitu. dah la skrang ni macam2 kes ade...eiiiii. aku pikir takpe la, aku ajak budak tu ikut aku turun... masa ni aku dah pikir nak tanya kat sape2 kat level ground floor pastu nak bagi budak ni kat customer service aeon big. biar buat announcement kan! 

masa nak turun tangga, budak ni mintak aku dukung pulak. merengek2 nak dukung. adoiyai. aku pun dukung tapi macam takut2. aku terbayang buatnya tetiba dukung tu aku kena tangkap pastu dituduh cuba menculik budak, hah cemana? *ok aku pikir bebukan! sampai kat ground floor, aku tanya la awek yang jaga kiosk barang kecantikan.

"dik.. aaa tau tak kat mana pondok pengawal?"

tak sempat awek tu nak jawab, aku sambung "atau adik kenal ke budak ni?" sambil tunjuk budak tadi yang tengah main2 kat tengah2 laluan depan kedai....

"haaa... ni anak akak juaal jamu, tadi mak dia carik... mak dia kat kedai jamu depan tuuuu" jawab sambil siap2 nak keluar, nak tunjuk kat aku la mana satu kedai mak budak ni... terus kebetulan mak budak tu pun ade....

awek tu pun jerit "kak! ni anak akak....akak ni jumpe" dia tunjuk aku... 

bile mak budak tu dah grab anak dia, dia datang kat aku tanya "jumpe kat mana?"

aku citer la yang anak dia ikut aku pegi pejabat pos... siap mintak dukung sume... lepas tu dia pun bawak anak dia pegi... ntah ape lagi dia bebelkan anak dia... aku pun gerak la sebab nak kejarkan waktu kerja... 

aku macam... tah la, tak tau nak cakap ape. skrang ni dah macam2 kes kan. budak tu nampak dah la jenis senang je ikut tah sape2... adoi..

* takde gambar. tak ingat nak ber-selfie ngan budak tu, asek pikirkan ape aku nak buat...ape aku nak buat...
* tak nak citer kat FB, takut kena printscreen (perasannyee...sape nak printscreen fb ko!)

2 comments:

  1. haaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! bahayenyeeeee... ---panjang tak a dgn e tu? haha!

    budak zaman skg mmg tak takut orang dah...nasib baik awk yg jumpe..klu org lain? haru betul la..nak cakap mak dia cuai , tak berani sbb kite tak taw situasi.. haishhh...

    *menguatkan lagi keinginan nak beli baby harness..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe la kan mak dia dah biasa n anggap peniaga kedai lain pun kenal n akan tengok2kan anak dia ke ape... hai laa... hangkut bawak balik kawan ngan wyna baru ye...hihih

      Delete