20 May 2014

Asam Pedas Sedap


dah lama aku tak up entri pasal makan-makan... dah lama aku terpikir nak share resepi ni, tapi takde masa nak amik gambar... ni pun asam pedas tak cukup "aksesori"


aku bukan fan of asam pedas. sejak dulu... ntah... walaupun aku orang johor, tapi tak minat asam pedas. asam pedas ayam ok la... tapi asam pedas ikan tak suke sangat. bukan tak makan, just tak minat. kalau ada option lauk2 lain, memang aku tak amik lauk asam pedas...

disebabkan aku sendiri tak minat lauk asam pedas, bile terpaksa masak lauk asam pedas, selalu tak jadik. yeler... dah la tak minat, terpaksa masak lak tu... kite kalau masak dalam mood terpakse ni, memang selalu kurang jadik la...

rupa asam pedas tu ade... tapi rase hmmm bole laa... takde la perghh sedap! tapi kan, aku bole jadi suka ngan asam pedas yang dimasak kat restoran asam pedas... tapi restoran yang dah femes lah. macam kat JB ni, antara asam pedas yang aku selera nak makan - asam pedas botak (stulang) ngan asam pedas tasek (dekat2 tasek utara).... demand hokeh! hahah

aku tak pernah amik serius pasal nak masak asam pedas sampai aku kawin... zuel suke jugak makan asam pedas. dah suami suke, kena jugak la blajar. masa makan kat restoran asam pedas tu, blajar2 la rasa dan ingat macamana "rasa" asam pedas dia. aku google resepi dan tips2 nak masak asam pedas yang sedap... haku ni dah la lidah jenis bedal je ape yang sedap...memang jenis tak pandai nak rasa pastu bole teka apa ingredients yang ada dalam masakan tu...

lepas tu aku cuba resepi kat sini : KLIK
apa yang buatkan aku nak try resepi dari auntie nani ni - dia berjaya pujuk suami dia yang lidah utara tu makan asam pedas sampai jadi feveret! haaa maksudnya resepi asam pedas dia terrer la tu kan...

bile aku try... since kali pertama aku masak sampai skrang aku guna resepi ni, rasanya tak pernah pun zuel cakap tak sedap.... memang puji asam pedas ni sedap laa tapiii....zuel ni memang! sedap tu sedap, ade je tapinya... minyak tak pecah la (padahal minyak bergenang je atas kuah tu), berair la (cemana asam pedas berair ekk?) dia tunjuk "asam pedas berair" tu pun hapah aku tak bole hadam ape maksud dia... aku yerkan je la.. pastu aku jawab "ntah...pape je la..." aku malas nak pikir, dah penat masak beriya, ujung2 ade je tak kena...  siyes! mati selera aku nak makan bile kena komplen...masak sedap pun kena komplen tau! huh!

okey... resepi asal bole tengok link blog tu... tapi aku tepek sini gak la...

Bahan utama
Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo

Bahan cili kisar
Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
Buah keras 5 bij
Belacan 1/2 inci

Bahan bawang kisar
Bawang merah kecil 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Serai satu batang yang kecil
Kunyit hidup 1 inci.

Bahan-bahan lain untuk ditumis :
Biji halba - 10 biji
Daun kari - satu batang lurutkan
Daun kesum 2 tangkai ikat

Cara-caranya,
1. Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.


Versi aku semalam - takde daun kesum... dan guna ikan tenggiri 2 keping...
Selalunya aku tak letak pun buah keras. bahan-bahan bawang + cili tu kadang2 kalau malas, aku kisar je skali. tapi mesti la ada sebab kenapa kisar asing2 dan tumis pun kena asing2... kalau nak betul2 sedap, jangan derhaka resepi tu yer...

menu sampingan telur dadar + sayur sawi ke, bayam goreng blacan...peh! peh!

No comments:

Post a Comment