25 April 2014

Sticker Birthday

Magik - nya semalam...

mule-mule aku nak puji, company printing ni sebenarnya bagus la jugak.... Bole order sesuatu item dalam kuantiti yang sikit. contohnya sticker ni, kalau nak order 50 keping pun bole. hari tu admin dia cakap bole buat gak kalau nak 10 keping... harga pun menarik... kualiti printing pun pada aku terbaik dah tu...

walaupun kekadang aku ade masalah nak call diorang untuk tanya update, tapi kalau betul2 ade masalah, diorang akan call aku tanya pasal artwork atau payment. aku pernah call diorang ni tapi passing2 antara opis ngan kilang, pastu orang tu asek ler takde. kebetulan kot kena time dia takde... gi toilet lah, gi makan lah...

lepas je admin announce status kat dalam FB group tu, aku check kat system semua dah tally... semua dah ber-status delivery. aku hantar artwork tu 11 april, dapatnya hari ni - 25 april - genap 2 minggu. padahal duration yang diorang tetapkan untuk siapkan sticker tu just 6 hari... 

aku bukan la fussy sangat. tapi risauuu je sebab diorang tak announce ape2, artwork dah terima ke belum...ada masalah ke tak? senyap je. bile tengok kat sistem, lom update lagi. kalau ade masalah printer rosak ke, lain kali terus buat announcement, takde la dealer dah push baru nak kasik tau (bukan aku yang push ye....aku bebel je) 

kalau ade job urgent ni tak bole nak hantar kat diorang. sebab duration benda tu nak siap agak panjang. mungkin sebab kekurangan pekerja tapi Q order panjang... namecard ciput pun amik masa 5 hari nak siap...

Birthday sticker ke...tQ sticker ke, label stickler or ape saja design yang korang nak buh kat sticker camni, bole komen untuk order... size 5x5cm, 100 keping RM50... design customade. tapi tak bole urgent2 laa... bajet la sebulan baru siap. haha

No comments:

Post a Comment