14 April 2014

Potong!

Akhirnya yang dinanti sampai jua....setelah dua minggu aku menunggu
Surat penutupan akaun...

Syukur berjaya buat full settlemant dan tutup akaun salah satu kredit kad aku... tinggal lagi sekeping....yang tu ada rezeki kite kasi potong jugak la... tak payah nak perghh! perghh! sangat la pasal aku pakai dua keping CC ehhh.... ramai lagi yang sempat apply sampai 20 keping CC sebelum BNM kuat kuasakan antara syarat ini :

Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Sumber Asal: Syarat-Syarat Baharu Kad Kredit Oleh BNM: Ulasan Saya - Julmazli Dot Com 

aku apply 2 keping sebab satu kad bank konvensional, satu kad bank patuh syariah... kad kredit dari bank patuh syariah ni terhad, tak boleh bayar untuk beli benda2 haram or register paypal nak beli handphone case dari Hong Kong pun tak boleh... tak tau la kalau ade yang boleh guna. dulu aku try register CC ni kat paypal, tak lepas... 
Ingatkan tadi nak gunting kad tu, upload kat blog ni...tapi sayang pulak rase nak potong...hihihi... tapi kad lebih kurang rupe macam ni...warna hitam...

Tapi tu la...satu masalah selesai, datang lagi satu ujian... kusss semangat. rase nak pegi berdoa jerit2 sekuat hati sebab terasa macam doa tu tak sampai je... rasa macam Ya Allah...aku berdoa mintak2 ni Engkau terima ke tidak ni? kenapa laaa macam tak selesai2 lagi masalah yang satu ni.... 

pernah tengok drama ke filem orang dok jerit2 pandang ke langit macam bercakap ngan tuhan? macam tu la yang aku rase nak buat skrang ni....

Allahu Akhbar... Astagfirullah...

2 comments:

  1. kite x penah apply credit card..tak berani sbb financial ups n down.dulu ex bf pernah mtk sy apply untuk die..puihhh..banyak cantek! nasib baik tak tergoda dgn rayuan mata buaya..eh! haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eii eiii eiiii malu la ex bf mintak apply untuk dia? manyak hensemmm! hahaha...

      Delete