17 April 2014

HANYA ALLAH TEMPAT MENGADU

Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.

Tapi, Sesungguhnya JANJI ALLAH ITU PASTI


Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang BERJAYA

Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia
Siapa jaga solat, Allah akan angkat seksa kubur
Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dgn tangan kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab..

Janji Allah itu pasti....


Dalam hidup, kita perlu sedar dan kita perlu ingat perkara ini. Allah lah yang berkuasa ke atas semua perkara. Allah jugalah yang membuka hati pelanggan untuk datang membeli dengan kita.


Jika kita 'menjaga' hati Allah, Allah akan menjaga hati kita. Jika kita 'ada' masa dengan Allah, Allah akan ada masa dengan kita. Jangan sesekali kita ingat, kejayaan kita dahulu adalah disebabkan usaha kita semata mata. Allah beri kejayaan kepada kita kerana 'Allah memilih' kita untuk berjaya.

Untuk Allah 'memilih' kita berjaya dengan mudah. Apa kata kita jaga hubungan betul betul dengan Allah.

Saya dah jumpa sangat ramai orang yang berjaya. Kebanyakan mereka berkata perkara yang sama.
"When we put Allah first, Allah will put us first" * Betul tak betul grammer ni, abaikan. Yang penting anda faham maksud.

Sebab tu bagi saya, sangat penting kita jaga hubungan dengan Allah. Kalau kita stuck dalam bisnes. Stuck itu datangnya dari Allah. So, kita minta lah doa agar Allah meleraikan masalah kita itu. Lepas tu baru kita berusaha. Ini saya tengok ramai orang berusaha dahulu kemudian baru nak berdoa bila dah tak berjaya. Apa kata, sebelum kita buat sesuatu perkara tu. Kita serahkan kepada Allah. Semoga Allah akan memudahkan urusan kita. 

Baru baru ini, semasa group coaching di Seberang Jaya. Salah satu aspek yang ditekankan adalah 'JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH'. Bangun tahjud untuk berdoa dan meminta kepada Nya. Kalau boleh menangis. Then menangislah.

Semalam, saya dapat feedback daripada salah seorang peserta. Beliau meminta dan sangat sangat meminta daripada Allah. Semalam, Allah hantar orang untuk membeli dengan beliau produk Shaklee sebanyak RM2,000. Dalam tempoh sehari sahaja.

Anda kena jaga hubungan dengan Allah. Rapatkan diri dengan Allah. Allah akan bantu kita. Percayalah, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Nanti hidup kita akan lebih berkat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Wassalam...
**************************
Ini adalah petikan dari group Shaklee. Walaupun apa yang berlaku hari ni takde kaitan ngan Shaklee, tapi petikan kata-kata upline Shaklee ni memang benar. aku rasa nak nangis... nak nangis sebab hari ini aku merasakan KEAJAIBAN... 

Yakinlah... Janji Allah itu pasti dan benar. Di kala kita dalam keadaan terperangkap, hanya Allah tempat mengadu.... 

3 comments:

  1. tetibe rase hiba pulak baca post nih..

    Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak.
    Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.

    so true..:')

    ReplyDelete
  2. betul tu awak...
    saya tak cakap orang..saya kata kat diri sendiri... kekadang sendiri pulak lagi yakin kata - kawin bole dapat anak, rajin kerja boleh kaya...padahal janji Allah tu dah tentu takde keraguan, lagi mau pakai janji sendiri...

    ReplyDelete
  3. Kadang kita kata yakin dgn Allah tp adakah perlakuan kita menunjukkan keyakinan?

    Jemput ke rumah saya
    http://minaina-ilaaina.blogspot.com

    ReplyDelete