23 April 2014

Antara masakan paling susah

tau tak ape benda yang aku selalu "fail" masak untuk zuel?

MAGGI!

ohh maggi jugak dapat nama, padahal mee segera yang aku masak tu cap MAMEE kari extra pedas! 

dah baaaanyak kali aku masak megi, so far hampir takde kooot yang betul2 menepati spesifikasi yang zuel nak.

haaa kau... masak megi siap ade "specification" tau, ni baru megi, belum lain2 lagi. sampai aku rasa trauma bile laki aku mintak aku masakkan megi. kalau orang lain dengar "halaa...megi je pun ko dah cuak nak masak!" maunye tak troma... kalu tak jadik, sila pilih - antara kena bebel atau dia makan tak habis sebab tak sedap! ko dah balik keje penat2, ko masak beriye-iye, lepas tu laki ko makan sikit je, tak sedey rasa?

so untung laa kat wifey yang bertemu jodoh ngan suami tak makan batu kayu je... semua pun telan. sedap tak sedap, tala habis licin. 

style megi yang zuel nak mestilah pekat kuahnya, mee tak kembang, putih telur dan kuah megi tidak bercampur / pecah, tak begitu masin, tapi penuh perasa kari pedasnya. beberapa episod kegagalan megi aku :

- kuah pekat tapi masin
- tak masin, rasa ok tapi kuah cair pulak
- mee kembang
- putih telur sebati ngan kuah

semalam zuel masak sendiri megi sementara aku uruskan hal lain. lepas tu aku dapat wassap berderet2... dari laki sendiri yang tengah duk makan kat meja... 


sekali siap tutorial kooo dia bagi. hah ape lagi... print laa tepek kat tepi peti sejuk!

4 comments:

  1. ok..post ni memang funny gile! kalakar sgt smpi kena bg tutorial nk msak megi...

    sebenarnya, same la dgn husband sy pon..last2 soh dia masak sendiri.tiap kali nak makan megi,masak le sdiri..--tapi megi die masak mmg best.cisss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. benda simple bole jadi rumit tau...

      Delete
  2. sama dengan ayah oshin meggi la paling susah dan cerewet.Last2 dia masak kami makan hehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ramai gak lelaki yang fussy bab megi..haha

      Delete