25 March 2014

Destinasi Cinta - musik aku dan dia

salah satu perkara tentang zuel yang sampai skrang ni aku agak impress....



laki ku - "budak nasyid"

yerla.. dulu aku ni jenis gegiler... layan band boys jer, dengar hitz fm jer...remaja aku di zaman2 spice girl, BSB, Nsync, Westlife, Linkin Park...sampai masuk kolej pun aku lebih suke muzic genre RnB... Hip Hop... banyak lah koleksi lagu yang popular mase tu.... lirik lagu BSB, Linkin Park sumer hafal kooo....gigih tengok kamus nak translate lirik sebab mak aku suke tanya kalau aku nyanyi - "paham ke ape maksud lagu tu?" so kalau aku bole terjemahkan, takde la mak aku nak "bahan"... haha....

laki aku ni sebenarnya layan nasyid. hee hee pada pendapat aku yang agak giler2 ni, budak yang layan nasyid ni budak baik2 + alim je...pendapat yang tipikal mungkin? sampai dalam kereta pun ade CD koleksi lagu2 nasyid! nengok laki aku takde la luaran tu skema + alim pun...

kalau keluar je lagu nasyid kat radio, laki aku bole nyanyi sama... hafal tu wehh... aku tengoookkk je muka dia. pagi tadi dia tanya aku : pernah dengar tak lagu ni? (nasyid). aku cakap ler "tak"...
zuel kata "ape laa...tak dengar nasyid..."

skema giler aku rase mase tu....

petang semalam aku dengar lagu ni...tapi tak tau ape tajuk. aku pi tanya zuel baru dapat tau lagu ape...
terror lah, bole tau ape tajuk. penyanyi je salah. hihi


Destinasi Cinta
Mestica (http://liriknasyid.com)

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

2 comments:

  1. tetibe terus search kt youtube..kakakaka!

    ReplyDelete
  2. eeeehh apsal sama!! Kiki sellau dgr lagu dlm pendrive kat kereta.. memula lagu head banging..sakit telinga aku..last-last ehh ehh tukar Afir kena dengar lagu-lagu nie.. Bilaaa Izrail.. datang memanggil.. ok bla bla bla..

    dalam hanphone aku Kiki donload lagu Umi~~ Umi~~

    ReplyDelete