06 March 2014

Ask before you judge

Petikan dari email yang aku subcribe dari Insyirah Azhar

Suka untuk saya berkongsi satu pepatah,



"Think before you speak, 
Ask before you judge, 
Do before you preach 
And say bismillah before you start.

Before every action there is a wise step that should be taken."

Saya terkesan dengan pepatah,

"Ask before you judge."

Yakni, sebaiknya sebelum kita menghukum, tanya terlebih dahulu.

Agar kita jelas sebabnya.

Contoh, andai pekerja kita lambat selesaikan tugasan.

Tanya kenapa tidak siap? Ada masalah, atau apa-apa yang tidak faham?

Andai sudah berkahwin, isteri pulang lewat. Sebaiknya tanya, kenapa pulang lewat?

Andai telefon sahabat, beliau off phone.

Apabila bertemu semula, tanya kenapa off phone. Mungkin baterinya habis.
Tak tahu nak charge di mana.

Andai kita bukan sahabat yang memahami, pasti sudah marah-marah.

Allahu akbar.

Oleh sebab peniaga di Instagram, tak mampu melayan kerenah pelanggan yang asyik memaki beliau, beliau kata,

"Kalau u tak sabar, takpe, saya boleh pulangkan duit. Tak bestla. U tak suka sebab saya balas lambat.

Sedangkan saya tak dapat balas semua dalam masa yang cepat.

Saya pun tak sanggup dimaki berkali-kali."

Firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman!

Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.

Supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
- dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
- sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."


(Surah Hujurat, 49: 6)

"Wahai orang-orang yang beriman!

Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang).
Kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan.

Dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain."

(Surah Hujurat, 49: 6)


Ibrah (pengajaran) yang boleh kita teladani adalah:

1. Apabila kita tahu tentang sesuatu beritahu, sebaiknya selidik dahulu kesahihannya berbanding terima bulat-bulat.

Atau kita berpotensi untuk menyesali dengan keputusan yang kita buat kerana berita yang belum sahih itu.

2. Jangan berprasangka kerana ia adalah dosa.

Contoh kes peniaga Instagram.

Mungkin pelanggan sangka, peniaganya nak ambil duit, tanpa beri produk.

Sedangkan peniaganya sedang sibuk nak balas tiap whatsapp yang datang.

Insya-Allah sama-sama kita perbaiki diri. 


*terasa macam baru lepas kena tampar berkali-kali
berminat dengan penulisan Insyirah Azhar? Dapatkan ebook beliau di :
REZEKI BERTERUSAN

No comments:

Post a Comment