18 March 2014

ANAK


ALLAH bagi kita amanah ni bukan semua orang dapat, ya?


bukan semua orang diberi amanah untuk mengandungkan, melahirkan, memelihara seorang anak. tapi bila diberi amamah, tak bermakna kita boleh buat IKUT SUKA KITA.

ANAK AKU, SUKA HATI AKU LAH.
banyak cantik?
siapa kata anak kita hak kita?
kita tolong jaga amanah je.

bila nama pun AMANAH, ada ke orang yang kita bagi EMAS SEKETUL, mintak tolong jaga elok-elok emas tu.. kita suka ke tengok dia jaga emas tu IKUT CARA DIA, BUAT SUKA-SUKA HATI dan cakap IKUT SUKA AKULAH, EMAS AKU.

hidup ada naik turun. ada karma.

hari ni SI IBU/SI AYAH buat suka hati, jaga anak ASAL JAGA je, layan anak ASAL LAYAN je, jangan nak salahkan anak bila kita tua nanti, ANAK BUAT BENDA YANG SAMA.

tak semua anak tu derhaka kerana di memang ianya TAKDIR, ya?


ada juga anak yang bila ibu bapa dah tua, dia tak beri perhatian KERANA MASA DIA KECIL, IBU BAPA PUN TAK BERI PERHATIAN PADA DIA.


ada juga anak yang bila menjaga ibu bapa, jaga yang asal jaga je. KERANA MASA DIA KECIL, IBU BAPA PUN JAGA DIA ASAL JAGA.


ada juga anak yang bila ibu bapa dah tua, makan pakai mak ayah.. ala kadar je. KERANA MASA DIA KECIL, IBU BAPA PUN TAK USAHA NAK JAGA MAKAN PAKAI DIA DENGAN ELOK.

hidup kita, jangan nak salahkan TAKDIR je memanjang.
ADA YANG TERJADI KERANA SALAH KITA.


jangan kita dah tua, dan jadi macam tu.. kita cakap DAH NASIB, ANAK SAYA DERHAKA.

- shared from Ainini Zainal's FB status -

2 comments:

  1. Replies
    1. kan..bile marah or rase penat nak layan anak...terus ingat status ni...huhuh

      Delete