12 February 2014

Water chestnut or Red Rubies?

kalau pergi restoran Johnny's Steamboat...

....ini antara dessert favorite aku. dalam menu book dia tulis Water chestnut. aku tak tau pulakk ade nama lain dessert ni - Red Rubies...

kali pertama aku makan, diperkenalkan oleh pakwe lama (cehh...terimbau kenangan la ni?) tapi mase tu ye ye je dia cakap kat aku ni buah delima. aku kan tak pandai masak, so percaya la cakap dia. aku rasa dia pun tak tau yang tu bukan delima sebenarnya. tapi lelama aku terpikir-pikir, kalau buah delima namanya pomegranate, ni nama water chestnut ape pulak? bila aku google, keluar gambar benda bulat2 kecik. aku google translate lak kata - buah berangan. jalan kat jusco nampak gerai jual chestnut tapi coklat itam2... bijik2 dia lebih besar dari chestnut yang aku makan dalam dessert kat Johnny's tu.

so aku pikir... ooo yang kat Johnny's tu WATER chesnut - buah kecik2 mesti kaler merah, yang orang jual buat bako (buah berangan) tu chesnut darat la koott....

haaaa gelakkan aku ler tuh!

aku tak ingat bile...akhirnya aku tau waterchestnut yang aku makan tu adalah sengkuang cina.
water chestnut - sengkuang cina
chesnut - buah berangan

ok, lepas tu zuel cakap...cube la buat sendiri. maka gigih la dia carik resepi. lepas tu cite2 kat aku. aku pulak google lagi..dan jumpe satu resepi terbaik. siap step bergambar kan, sebab tu cakap resepi terbayekk... haha.

zuel ni kekadang kalo datang semangat dia nak masak, dan dan tu jam dia pegi carik bahan. tak kira la masa dah suntuk ke...bini tengah malas sebab kaki penat ukur jalan ke... tak dulik. gigih dia petang2 pegi paso carik nangka ngan water chestnut. tanya orang paso..ade jual water chestnut tak? aku tanya nyonya jual sayor "auntie, ada jual sengkuang cina tak?" auntie tu jawab "apa tu sengkuang cina?"

tu pasal aku jenis malas nak bertanya2 ni....kang termalu sendiri. aku kan selalu tak confident, berbeza ngan zuel - jenis confident takde malu punye...

lastly jumpe kedai sayo yang jual water chestnut. satu bunjut agaknya ade 10 bijik = rm4.00. balik rumah zuel kupas. tapi halfway je. benda ni kecik2 ooo...sengal jari ngko nak ngopek-nye... aku jakun la...sebab tak pernah nengok ape lagi makan yang belum masak.

resepi asal aku amik kat SINI

Resepi aku ubah sikittttt je :

Bahan A
6 biji sengkuang cina
1 sudu kecil pewarna merah - aku guna pewarna tiruan "star brand"
(aku tak campur air sebab sengkuang tu memang berair pun...zuel pun mintak biar kaler dia merahhh)
1 cawan atau lebih tepung ubi
Beberapa ulas nangka - dihiris

Bahan B
1 cawan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan - ikat

Bahan C
1 kotak / 200-250ml santan kelapa
Ice untuk dihidang ketika nak makan
Ice untuk air sejuk

Tambahan :
Buah kabung
Spray air

Cara membuat kuah :
1 - Masak bahan B dengan api sederhana sampai semua gula larut. Biarkan sejuk.
2 - Bila air gula dah sejuk, bole la campurkan ngan santan. Tambah secubit garam. Kacau2 dan simpan dalam peti sejuk. 

Cara membuat "rubies" :
1 - Kupas dan dadu sengkuang cina dalam ukuran 0.5cm. Cuci dan tos.
2 - Campurkan pewarna merah terus ke atas sengkuang cina. Gaul rata.
3 - Ambil mangkuk lain, tuangkan tepung ubi. Curah semua sengkuang cina yang dah berwarna merah tu ke dalam tepung. Gaul-gaul lagi sampai semua sengkuang cina diselaputi tepung.
4 - Amik bakul plastik berlubang - ayakkan sengkuang cina supaya tepung yang berlebihan jatuh keluar. 
5 - Spray rata2 sengkuang tadi dengan air supaya kembali lembab. Masukkan semula tepung yang telah di ayak tadi dan tambah lagi sedikit tepung baru dan salut2 lagi sekali. Ulang step ni sampai dapat ketebalan yang diingini. Aku buat 3-4 kali rasanya. Spray - salut - ayak.
6 - Dah puas hati dengan ketebalan salutan tepung, biarkan sengkuang cina tu dalam 30 minit supaya tepung menyerap kelembapan sengkuang cina dan tepung akan melekat lebih elok.
7 - Sediakan air sejuk + ice, letak sebelah dapur masak.
8 - Didihkan air dalam periuk. Tuangkan semua sengkuang cina yang dah berwarna pink2 tu... Kacau segera untuk mengelakkan sengkuang melekat. Masak hingga timbul.
9 - Angkat sengkuang cina menggunakan tapis dan terus masukkan dalam mangkuk berisi air sejuk tadi. Biarkan dalam 10 minit.
Bila nak makan...ceduk sengkuang cina, letakkan hirisan nangka sikit dan tuangkan santan. tambahkan ketulan ice... Siap!
aku tak buat smooties santan (ikut resepi asal) sebab kalau nak simpan dalam peti sejuk, lelama ice mencair, jadik santan pun tawar. campur santan ngan gula je, bila nak makan baru letak ice...

bole buat lagi...tapi aku suruh zuel je kopek... sengal jari ngopek sengkuang ni...

No comments:

Post a Comment