07 February 2014

Monolog CNY

Disuatu malam...aku merenung....


Bercerita tentang perihal rumahtangga sendiri tu tak baik. Tak bagus. Malah dalam agama pun berdosa hukumnya. Rata2 orang sekarang kenal pasangan sebelum kahwin. Dan sendiri jugak yang setuju dan rela berkahwin dengan pasangan kita yang kita dah tau ape kekurangan, kelemahan dan keburukan dia. Kita sendiri yang sanggup terima. Tapi kenapa lepas kawin...bile datang ujian susah mase tu kita nak cakap keburukan pasangan? Bukan ke itu yang kita kata kita sanggup terima dulu? Kenapa skrang nak ungkit?

Sebagai isteri bekerjaya pun tidak wajar seolah mendabik dada mencanang serata alam lalu berkata - laki aku gaji kecik...aku kena kerja, kalau tak kerja mana cukup nak harap gaji laki je... lupakah bahawa laki yang dikawini tu sejak dulu pun bukan kalangan yang berada...kenapa skarang macam nak merungut pula? Bukan ke dulu pun kakak2 si suami tu dah tanya sanggup ke tidak? Telah dijawab sanggup tapi baru setahun jagung kawin dah komplen.... apa citak?

Kisah hasrat orang yang mahu berubah ke arah yang lebih baik. Itu aku respek. Maka bermulalah nasihat2 persis ustaz ustazah di dinding2 muka buku. Dulu berambut panjang sekarang potong pendek, pakai kopiah dan bela janggut. Aku tidak sinis. Iyer..berubah jadi orang baik2 dan nasihat tu bagus. Tapi apa sekali pun yang kita nak buat dalam hidup ni...yang paling utama adalah restu ibu. Hati ibu. Bagi aku takde guna nak sibuk2 cakap kita nak berubah, nak semakin dekatkan diri pada pencipta, kopiah mula lekat kat atas kepala tapi hati emak sedih dan sentap dengan sikap kita. Hidup kita sebagai anak ni susah yer kalau orang tua terutamanya emak selalu sakit...terasa hati dengan kita as anak. 

Walaupun mungkin emak tu ada jugak salah dia tapi berapa besar sangat kalau nak ditandingkan dengan jawatan "seorang emak" .... apatah lagi kalau anak lelaki... sering menangkan si isteri... aku rase banyak2 lah baca buku kisah2 nabi dan para sahabat... harapnya masih sempat mohon maaf sebelum emak tu pergi...tak takut ke kalau emak pergi dalam waktu dia masih ada rase kecil hati? takut2 kalau ada dosa yang tak sempat diampunkan nanti jangan ditanya kenapa hidup jadi susah... aku dah tengok orang yang terdekat... hidupnya umpama tak berkat sebab sakiti hati emak sendiri melampau sangat... mulakan perubahan dengan berbuat baik pada emak dan bapak... kalau emak tak redha...warak macamana sekalipun...tak ada guna...


2 comments: