08 January 2014

Kualiti vs Kuantiti?

aku jumpe member aku...

... yang selalu bagi job freelance kat aku. cuma kekadang tu aku malas nak amik sebab dia ni nak murah sajek! dia bukan designer, tapi buat macam2 bisnes yang bukan MLM la kot?. prinsip dia - ape yang bole mendatangkan duit, dia jual!

so semalam jumpe sebab ade amendment sikit pasal job bunting klinik gomen. dah ujung2 ni sibuk la nak ngabiskan peruntukan... kang rugi kena pulang balik duit peruntukan yang tak habis pakai... bile masuk tahun baru nanti bole dapat peruntukan baru... haa camtu.

dia bagi aku job design 13 bunting dengan harga satu design RM20. ye mule2 aku ingatkan design senang. yeklaa... as designer kalo orang cakap design bunting ape yang  ko pikir? mesti laa pikir bunting tak banyak text, gambar bukan bole letak banyak2 pun...sebab dalam kelas dulu aku blajo bunting ni simple, tak boleh letak banyak text or gambo kecik2 sebab biasanya orang buh kat tempat yang orang nak baca sekali lalu je...

sekali? kauuuu... dia bagi aku 13 topik pasal "penyusuan ibu". senakk bunting tu nak muat segala info dan gambar. pulak gambar kena carik sendiri, nak gambar cun.. nasib baik text copy paste.
so...aku borak la ngan dia... aku cakap "awak ni..tamak tol...semua nak buat, nak cepat2 lak tu..." iyee beb! dia ni nak murah satu hal, closing kemain nak cepat, tapi payment ada slow sikit. tu yang kekadang aku hangeeenn je. pastu dia jawab "bukan tamaklah awak! orang kalo keje sendiri camtu la..nak carik duit wakk"

aku terdiam kejap. er.. ok. sambung citer pasal design.

rupenya cara dia ber-bisnes ni... apa jek item orang tanya...semua dia bantai kata ade. lets say lah orang tanya "eh ko ade buat banner?" dia pun jawab je "ade! ade!" soal ade ke takde tu belakang citer. janji jawab "ade" dulu... kendian-kendian baru cari mana nak dapat banner tu. lepas tu mesti orang tu tanya harga kan? haa kawan aku tak bukak harga, tapi dia yang tanya... "berapa bajet bang?". kata laa... orang tu cakap bole bajet dalam RM50 jek. so dia akan carik laa sape2 yang sanggup buat design banner + kos printing yang murah lepas tu dia bole mark up sikit untuk profit dia... camtu.

dia tak kisah macamana rupe design, asalkan dia bayar designer tu murah...sebab dia pun quote customer2 dia murah. kira dia ni bisnes untuk memenuhi kehendak customer lah. kalau customer tu bajet ciput, nak murah...dia sedaya upaya carik jugak yang sanggup amik payment murah...

sebelum ni...aku ade la buatkan design travel agency, customer dia jugak. dia bole cakap kat aku "sebenarnya saya bole je carik designer yang lagi murah, tapi sebab saya nak tolong awak... ok la saya bagi awak design tu" - agak hampas bunyiknya. dia pun ade cakap... soal material kualiti ni sume orang bukan tau sangat... orang biasa nak murah... kita bagi murah...

kawan aku bagi tips lagi, kalau ade jugak orang nak suruh design flyers A5 tapi nak bayo RM10, awak buat jee simple2... haa perkataan sikit, sini sikit... (konon2 ade layout la atas meja tu).. dahh... berapa dia sanggup bayar, itu je yang kita bagi... *maksud dia, ko nak yang murah, aku bagi kualiti murah lah... tapi kalau yang betul2 designer matik laa tak layan job buang masa camtu....

hailaa.. kalau cenggini lah gaya, aku pun tak salahkan orang luar yang tak paham kenapa kerja design perlu dibayar... 

dipetik dari Little Colour Shop :

Why the small charge in Design? .

Unlike other parts of the world, the work of arts here (in Malaysia), are generally valued as something that are easy and cheap.
We DON'T DO FREE design* for this action will only kill the industry that is filled with many talented and gifted people.

The bulk of what we charge goes into the followings:-

1. Paying lines for the Internet, Phones and Utility Bills
2. Hardware, Software and Server Management and maintenance.
3. Food and Coffee for us to stay alert doing your design.
4. Petrol for posting, printing and cutting needs and . . 
5. Finally, our effort in listening to you, our valued customers, quenching ideas and producing something that you can proudly call your own.

see? kopi untuk berjaga sebab nak siapkan design pun kena charge jugak tau... baik korang carik designer yang minom kopi kapal api je... kalau designer yang minom starbucks mungkin charge dia lagi mahal....

No comments:

Post a Comment