16 January 2014

Impetigo

*Entri ini mungkin agak kurang selesa bagi orang yang penggeli.
Selasa - 7 Januari

aku tak tau mana dia dapat bakteria ni. simptom start dari Selasa 7 Januari... mule2 aku ingat ruam biasa, tapi sampai khamis, aku tengok lain macam je... aku decide bawak gi klinik..

aku belek2 rupe kudis tu, aku agak2 ni macam salah satu jenis jangkitan kulit Impetigo sebab aku pernah baca jenis2 jangkitan kulit yang biasa terjadi. gambar google pun nampak macam sama je ngan kudis kat kepala wyna ni. aku tak tau la ape nama dalam BM. aku baca kat FB group kata kayap, tapi doktor cakap bukan kayap. tapi betol la tekaan aku, wyna kena Impetigo.

dulu masa aku kecik2 pun pernah kena, tapi jenis gelembung2 berair macam melecur...
tapi takde la banyak macam ni... 3-4 bijik je kot...aku sekolah rendah lagi mase tu... bapak aku bawak gi klinik, doktor tu cucuk, pastu cuci2, baru letak ubat. nangis2 la situ... pastu pegi sekolah, bapak aku balut ngan sapu tangan kat pergelangan tangan, cikgu aku panggil depan kelas, dia ingat aku saje2 pakai nak jadik samseng *agak muke aku mase tu ade tokoh jadi kak yong kawasan kot. aku cakap - ni bapak saya balut sebab tangan sakit... cekgu suruh bukak nak tengok... haaa bile bukak, kawan yang duduk meja depan kelas sume kepala macam flamingo, sibuk nak tengok gak...

Jangkitan impetigo disebabkan dua bakteria ni :
Staphylococcus (staph) and Streptococcus (strep) bacteria. 

yang aku paham, impetigo ni jangkitan kulit yang biasa terjadi kat budak2 bawah 2 tahun. benda ni boleh berjangkit, sama ada ngan budak2 or orang dewasa. tapi kalau kebal, antibodi kuat, tak terjangkitlah.

macamana terjangkit?
- impetigo bole berjangkit dari perkongsian pakaian, tuala, tempat tido etc etc...so semua pakaian, cadar, towel yang dipakai pesakit, kena basuh hari2 sampai  impetigo ni sembuh.
- sentuhan langsung dengan kerak, lepas tu tak basuh tangan
- tak basuh tangan lepas sapu ubat kat kerak tu...
- menggaru... bakteria lekat kat celah kuku lepas tu jangkit kat bahagian lain / orang lain
- boleh jugak berlaku selepas selsema atau batuk

"Children may get impetigo after they have had a cold or allergies that have made the skin under the nose raw. However, impetigo can also develop in completely healthy skin."

aku agak wyna garu kepala dia sampai calar, pastu bakteria ni pun masuk kat kulit dia... sebab jangkitan ni menunjukan simptom dalam lebih kurang 4-10 hari selepas berjangkit. masa tu kuku dia tengah panjang dan tengah selsema. bakteria ni memang ade kat kulit ngan idung manusia, cuma biasanya takde ape2 kesan buruk pun. *naluri emak

It's an infection of the skin caused by bacteria. Impetigo is commonly found on the face, often around the nose and mouth, but it can show up anywhere the skin has been broken.
Jangkitan kulit yang disebabkan bakteria. Biasanya dijumpai kat muka.. selalunya kawasan hidung atau mulut. tapi boleh jugak menjangkiti mana2 kawasan kulit yang terdedah. - aku translate bahasa pasar jek

If you have a cut or scrape or if you scratch your skin because of a bug bite, eczema, or poison ivy, germs may find a way to get inside. Once inside, the bacteria cause small blisters to develop on the skin. These blisters burst and ooze fluid that crusts over, a condition called impetigo.
Kalau kulit ko calar disebabkan gigitan serangga, ekzema...kuman ni boleh masuk dalam kulit. bile masuk dalam kulit, bakteria ni laa yang akan menimbulkan lepuh2 kat kulit tu... lepuhan tu nanti pecah pastu keluar cecair kuning, itulah yang dipanggil Impetigo

Kids seem to get it more than adults do, but impetigo can affect anyone.
Kanak2 lebih mudah dapat jangkitan berbanding orang dewasa tapi impetigo boleh menjangkiti sesiapa saja.

What Causes Impetigo?
We all have bacteria living on our skin and in our nose, but most of the time they don't cause any trouble. Two types of bacteria can cause impetigo: Group A streptococcus (say strep-toe-kah-kus) and Staphylococcus aureus (say: stah-fih-lo-kah-kus or-ee-us). It doesn't matter which bacteria caused your impetigo — the treatment will be similar (almost the same).
Apakah penyebab Impetigo?
Kita mempunyai bakteria yang hidup di atas kulit dan dalam hidung kita, tapi selalunya diorang ni tak mendatangkan mudarat. Dua jenis bakteria penyebab Impetigo : A streptococcus (say strep-toe-kah-kus) and Staphylococcus aureus (say: stah-fih-lo-kah-kus or-ee-us). Tak kira la mana2 jenis bakteria sekalipun, cara rawatan biasanya lebih kurang sama.

ade sorang budak kat taska dia pun kena gak sama macam ni. tapi kat peha.
nampak cam takde ape2 kan....
see? berkerak kepala anak aku....

lepas aku bawak gi klinik dan doktor pun sahkan impetigo, wyna dapat ubat antibiotik Clamentin dan ubat sapu Foban Hydro Ointment.. aku tanya doktor ubat jenis ape dia kasik. kalau pegi Columbia Asia, kalau tak tanya nama ubat, takpe lagi sebab diorang memang kasik ubat dalam pack yang original, bukan transfer masuk dalam bekas sendiri. kat label pun ade tulis nama saintifik ubat tu, bukan letak nama "ubat sapu". takde ye. tu pasal aku tau yang ubat selsema sebenarnya tak sesuai untuk budak bawah 2 tahun. TAK PERNAH jumpe ubat yang ada tulis dose untuk baby...

doktor cakap.... gosok pelan2 kerak tu ngan air suam. kena bersih2 la, bile kena air suam nanti kerak tu kembang dan tanggal. lepas tu, keringkan, bilas ngan air garam. garam dapur tu pun takpe. lepas tu keringkan betul, last baru laa sapu ubat.

tapi aku tak sapu ubat doktor, aku sapu bedak ni....
bedak ni aku dah start sapu sebelum bawak wyna pegi klinik lagi.... Tabloq ni aku dah beli lamaaaa..... zaman nak kawin dulu. nak muke berseri la konon, malam2 tido tempek bedak sejuk ni....

bedak sejuk ni bagus... :
1. Menghilangkan jerawat dan juga jeragat.
2. Menyejukkan kulit.
3. Menghilangkan ruam pada kulit baby.
4. Mengeringkan muka yang berminyak.
5. Memutihkan kulit.
6. Menegangkan kulit.
7. Melembapkan kulit.
8. Mengecilkan liang roma.
9. Membuang daki serta sel-sel kulit yang mati.
10. Membasuh kemaluan wanita selepas haid.
11. Menyejukkan kulit ketika terkena Chicken pox (bertih) serta tidak meninggalkan parut.
12. Menghilangkan parut jerawat dan luka.
13. Membuang bulu ketiak.
14. Mengurangkan bahang panas akibat kulit terbakar.
15. Mengeringkan luka-luka.
16. Mengembalikan bentuk asal payudara selepas menyusukan anak. 
 17. Amat sesuai dipakai sapu ketika demam biasa atau deman campak.
18. Amat sesuai untuk mandian lulur. 
19. Amat sesuai digunakan untuk bertayammum.
20. Sesuai untuk semua jenis penyakit kulit termasuk kudis.
21. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

aku tak bagi wyna makan antibiotik dulu. sebab aku rase keadaan kulit dia tu masih boleh sembuh tanpa antibiotik. sebab2 aku tak bagi antibiotik awal2 :

- nak bakteria baik kekal dalam badan. kena ingat, once aku bagi antibiotik, semua bakteria baik yang takde kena mengena ngan impetigo pun akan mati sekali.
- sekali dah kasik antibiotik, kena habiskan. kalau tak habiskan antibiotik, bakteria jahat akan jadi alien! ok takde la.. bakteria tu akan makin kebal terhadap antibiotik. next time kalo dapat penyakit dari bakteria yang sama... bakteria ni dah kebal terhadap antibiotik. sebab tu pentingnya habiskan antibiotik...
- kalau aku dah bagi makan habis antibiotik ni, aku kena top up balik ngan probiotik supaya bakteria baik dapat berkoloni semula. yerla..dah terkena peperangan bom nuklear kan (antibiotik dah musnahkan semua bakteria)

ubat sapu klinik tu...aku bekalkan kat taska. pesan macam doktor tu jugak... mandi, bersihkan kerak, baru letak ubat. masa aku mandikan tu memang nangis gak la budak ni... tak tau la pedih ke, sakit ke, gosok ngan kain basah pelan2. terpakse lah...kata nak baik....
ini gambar hari ke 7 = seminggu selepas symptom pertama dikesan. dan nenek dia guntingkan rambut....haha

Info tambahan :
Impetigo ade dua jenis :

Impetigo Bullous : Bentuk bulat2, berair macam melepuh / melecur...
Bentuk impetigo adalah disebabkan hanya oleh bakteria Staph. Bakteria ini menghasilkan toksin yang mengurangkan sel- sel kelekitan (lekatan) menyebabkan pemisahan antara lapisan atas kulit (epidermis) dan lapisan yang lebih rendah (dermis). Ini membawa kepada pembentukan lepuh (blister) (Istilah perubatan untuk lepuh adalah Bulla) Bullae boleh muncul di pelbagai jenis permukaan kulit. Lepuhan ini mudah pecah dan mengandungi cecair berwarna kuning yang jelas. Bullae yang lembut ini biasanya meninggalkan kesan kulit dalam yang berwarna merah dan kasar. Kerak yang berwarna gelap biasanya akan timbul semasa peringkat akhir pembentukkan. Ia akan pulih dan luruh sepenuhnya apabila impetigo ditangani.

Impetigo Bukan bullous : Keruping2 lembab macam wyna kena tu....
Ini adalah bentuk yang lebih biasa, yang disebabkan oleh kedua-dua bakteria Staph dan Strep. Bentuk ini pada mulanya menimbulkan papules (jerawat kecil yang padat atau bengkak, sering menjadi sebahagian daripada ruam pada kulit dan biasanya radang tetapi tidak mengeluarkan nanah) kecil dan merah seakan gigitan serangga. Tisu yang dijangkiti ini akan berkembang menjadi lepuh kecil dan kemudian pustules (lepuh kecil atau jerawat pada kulit yang mengandungi nanah) yang akhirnya berkeruping dengan ciri-ciri kerak berwarna madu. Seluruh proses mengambil masa satu minggu. Kerosakan tisu ini sering bermula sekitar hidung dan muka, tetapi ia juga boleh menjangkiti tangan dan kaki walaupun jarang berlaku. Ada masanya, mungkin terdapat bengkak nodus limfa tetapi tidak lembut (kelenjar ) berhampiran.


*pitam nak translate!

8 comments:

  1. Allah..nak menangis saya tengok..mesti gatal..kite pon tak tahan,ape lagi baby mcm wyna...hmmm...tp dah ok kan? cepat baik yer.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan... hati emak ni macam di garuk2 juga... kalo lembab memang dia macam nak garu2... Alhamdulillah laa nak baik dah tapi still kena tengok2 sebab ni benda berjangkit kan...takut kalau berulang...kena pastikan betul2 sembuh... tq awak. =)

      Delete
  2. besar tue.. suruh taska bersihkan sarung bantal..basuh tempat tdor so takderlah berjangkit balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujurlah diorang selalu jemur tilam2 sume..cadar basuh...

      Delete
  3. carik balik entry ni coz khayla demam, few days later demam dah baik, kuar bintik2..bwk gi klinik,dikatanya allergic, ..bawak spital, dikatanya post virus (sisa2 virus nak kluar), pastu mild allergic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bintik2 merah tu...wyna pernah kena...tu namanya ruam reseola? (lebih kurang gitu la ejaannya...) betul kata doktor spital tu...ruam yang keluar lepas demam...takde ape yg serius InsyaAllah

      Delete
    2. yang paling cemas, letak bedak sejuk kat khayla, tak pasal2 muka dia allergic pulak bedak sejuk tu! padahal bedak sejuk biasa je.xde campuran pape.bedak sejuk kampung...hurhhh..-_-

      yup..rubeola nama pnyakit tu...

      Delete
  4. info yg sgt2 berguna.anak sy dua-dua kena,kbtulan dorg mmg batuk sesema.pastu baru pas jumpa kazen yg mmg tgh sakit kulit sbb ekzema.now dah taktaw nk buat cane.makin merebak.cane ni..doc suh bg antibiotik tp sy taknak.

    ReplyDelete