09 January 2014

GOOT

resepi ubat batuk selsema menggantikan vicks
semalam aku mintak zuel belikan essential oil bau lavender ke.. apple ke... konon nak bubuh dalam ni. aku dah tak sanggup nak tunggu weekend nak "ubatkan" batuk selsema wyna. ubatkan = buat steam percussion + sapu garlic oil. selalu aku buat garlic oil cara bakar dan lenyek dalam minyak je... ntah kenapa ter-rajin lak semalam, nak buat experimen ni... tapi zuel tak pegi jusco so tak beli laa.. takpe laa, takde essential oil pun takpe sebenarnya, cuma mungkin bau garlic ni kuat la kalau tak letak essential oil...

ada banyak method nak buat GOOT - GARLIC OIL OINTMENT TREATMENT google aje. aku buat sama je macam dalam link GOOT
If you have a regular old virus, cold, fever, or flu, this is the stuff you need!  And this is perfectly safe for babies, toddlers and kids!!

1/4 cup coconut oil
1/4 cup olive oil
10 or 11 garlic cloves, peeled
lepas tu blender je laju2 semua ni sampai hancur...  lepas tu simpan dalam balang or bekas bertutup...ala2 macam vicks ke... balsam ke... lepas blend tu memang tekstur dia pekat dan cair. lepas dah tuang dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. aku letak kat rak pintu peti sejuk je... pagi ni aku tengok dia dah keras. aku cuba colet sikit...rasa tekstur dia tak laa jadi smooth macam vicks tu tapi rase macam tiger balm. kalau pernah guna, tau la kan macamana rupe dia.... 

malam tadik aku try sapu kat wyna, masa nak tido...sapu kat dada, belakang dada dan tapak kaki. pastu pakaikan stoken. nampak macam ade kurang sikit batuk dia berbanding malam sebelum tu, dengan aku sekali tak boleh tido... pagi ni time siap2 nak gi keje tadi, dia bersin 2 kali, hambik tu hingus berketul keluar. so its a good sign lah kan.

No comments:

Post a Comment