09 January 2014

Bekal


info yang bagus...so aku share:





Printscreen dari post JOM BAWA BEKAL dari Dr.zul. Tq for sharing, Dr. Zulkifli Sharif

Point dari saya:

- siapkan bekal untuk anak. Tak apa kita penat sikit pun. Jimat pun jimat. Sihat pun sihat.
- kita masak, kita tau apa bahan kita gunakan.kita tahu tahap mana bersihnya. Melainkan kita sendiri yang tak jaga kebersihan
- jauhkan penggunaan MSG, ajinomoto, serbuk perasa dan pewarna tiruan. Jauhkan masakan dan kuih yang terlalu masin, manis.
- jauhkan penggunaan makanan yang diproses. Sebaliknya gunakan natural sources food. Contoh, nak avoid guna sos yang menggunakan MSG dan untuk ganti rasa masam dan pedas, gunakan tomato cincang dan cili. Gula boleh ganti MSG juga. Cuma jangan lebih sangat.
- kita sediakan bekal, TAPI jika yang kita sediakan itu adalah processed food, tak guna juga. Contohnya:

A- Eh, saya sediakan jugak bekal untuk anak.ingat saya pemalas sangat ke?

B- Tiada orang yang cakap puan malas. Boleh share contoh menu bekal anak? Mana tahu boleh saya buat jugak nanti.

A- alah ape susah. Beli je nugget, daging burger, sosej yang dalam paket tu. Pagi-pagi goreng je lah!

B- ??

Sudah sampai masanya ibu bapa mengambil tahu tentang bahaya nugget, sosej, daging burger yang termasuk dalam kategori processed food ini. Air tin, kotak, biskut, kek dalam paket yang bukan saja manis, tapi juga menggunakan pengawet dan perasa pewarna sintetik.

Search. Cari info. Internet bukan untuk FB, games dan gosip sahaja. Tolong. Gunakan kemudahan yang ada. Nak yang terbaik, memang bukan mudah. Tapi usahanya sangat berbaloi.

dari FB-rians yang aku follow : Ainini Zainal
*******************************************************************************
masa aku sekolah rendah, aku bawak bekal. mak aku tapaukan nasik berlauk dalam brown paper, yang macam bungkus nasik lemak tu. kalau zaman tu polisterin murah, agaknye pakai polisterin. mak ayah aku gi keje pun bawak bekal. pagi2 mak aku dah bangun masak sebelum gi keje... 

bile masuk menengah baru aku merasa belanje makan kat kantin. sebab aku dah duduk ngan arwah nenek aku... balik rumah mak ayah seminggu sekali, kadang2 time cuti sekolah je. so takde orang nak siapkan bekal. hehe.

dah kawin, kalau nak tapau, aku tapau untuk aku sorang. untuk zuel as per request je. sebab laki aku ni spesel...dia jenis cuma makan ape yang dia rasa nak makan. kalau datang umah orang (biasanya kenduri kawin - as photographer kan), tengok lauk tak kena selera dia, dia tak makan pun takpe. bukan macam aku, makan je ape yang ade asal tak lapar. aku takde demand. aku demand kalau mengidam je.

aku tak dapat nafikan... HOMEMADE tu 100% terbaik kalau bahan2 yang digunakan jugak terbaik. orang kata, made from scratch. gitu. kekadang tu aku nak beli ape2 kat luar...even makanan masak kat kedai sekalipun, aku rasa takde ape yang aku boleh beli kalau mengingatkan tentang isi kandungan, cara masak, bahan2 dsb. cube bagitau aku... kat mana yang ade jual makanan yang takde letak pewarana, perasa, MSG tu sume? takde kot?

that is not about - kalau tak keje, duk rumah sepenuh masa bole laa buat... ye ke? tapi yang duduk rumah pun tak jugak buat makanan 100% dari air tangan...pakai jugak yang dah proses. aku la tu. bukan sape2 pun. memang aku skrang ni keje. tapi kalau cuti duduk rumah, pun tak terbuat, makan jugak meggi tu kekadang. makan jugak ayam kurung (ayam BBQ dalam plastik). aku mengaku aku tak buat bukan sebab lain...melainkan malas belaka. tak payah jauh... nak bancuh nescafe pun malas, pakai jugak nescafe 3 in 1 tu... lepas tu terkulat2 nengok ape ingredients dalam nescafe 3 in 1. bile baca balik risiko2 fast food, mase tu insaf kejap la... kejap je... kang datang pemalas aku...buat lagi...

benda2 macam ni kekakdang ada orang amik mudah. sebab benda tak jadi on the spot. benda tak jadi kat semua orang. macam statement : jangan beli nugget n sosej kat sekolah, boleh sebabkan leukemia.. kang ade je orang cakap, aku dulu hari2 makan, sihat je? AllahuaAkhbar. kalau dah sakit baru nak jaga makan time tu dah tak guna... 

amik je la contoh mak mentua aku. jenis tak nak jaga makan. ape yang sedap, bedal selagi tak sakit. skrang umur baru hampir 70-an, kalau tengok rupe macam dah sangat tua...mase first time aku tengok mak mertua aku, aku ingat umur dia dah dekat 80-an. dah ade kencing manis darah tinggi... itu pun masih lagi dok berebut nak makan daging nasik goreng cina dengan cendol mase kena stroke hari tu...

mode : insaf...tak tau tahan sampai bile

No comments:

Post a Comment