26 December 2013

Roti Daging Berlapis Keju

satu hari tu zuel tunjuk kat aku gambar roti daging kat fb dia... kawan dia upload...
pastu suruh aku buat. aku tak pernah lagi laa dengar resepi ni. bila google... tuu diaa berlambak je... tapi resepi macam ni kira subjektif. method lebih kurang je... bahan yang digunakan je lain2 sikit, ikut tekak dan selera...

okey, maka aku pun try... tapi aku tak guna oven, guna pemanggang ajaib je lah... dalam erti kata lain, aku "goreng" roti ni... cepat siap, cepat makan.... resepi asal kebanyakan memang masuk oven...

BAHAN INTI :-)
400gm daging kisar cap ramly - kira sepeket kecik je...memang siap2 400gm
1 cawan frozen mix vege - actually suka hati nak letak banyak ke sikit
1 camca besar rempah kari
2 camca sos tomato
2 camca sos cili
1 biji bawang besar, didadu kecil
3 ulas bawang putih, dicincang
3 batang lada hidup... merah ke hijau ke.. kalau nak podeh, pakai cili api 5-6 batang
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Sedikit garam dan gula ikut sedap rasa

BAHAN LAIN :-)
6 keping roti sadwich
5 biji telur dipukul laju2 macam nak buat telur dadar
4 keping keju cheddar

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan lada hingga harum, masukkan rempah kari dan tumis sekejap. Masukkan daging cincang dan masak hingga berubah warna. Tambah frozen mix vege, kacau rata. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada sulah dan lada hitam. Jika perlu tambah sedikit air. Perasakan garam dan gula. Masak hingga agak2 kering.

UNTUK ROTI LAPIS DAGING BERKEJU :- 
1 - Sapukan seluruh pan ikan magic tu dengan minyak masak atau butter.
2 - Celupkan kedua belah roti dalam telur dan susun dalam pan ikan magic untuk lapisan pertama. 
3 - Ceduk separuh daging cincang yang dimasak tadi dan ratakan....
4 - Siat2kan atau letak sekeping keju di atas daging
5 - Ulangi langkah 1-4... celupkan lagi roti dan buat lapisan kedua pulak....
6 - Mampatkan roti. Kemudian tutup pan.
7 - Bukak api sederhana kecil...dan balikkan pan dalam 3-4 minit setiap bahagian.
8 - Bila nampak roti dah siap masak, boleh angkat dan potong....
9 - Tuang mayonis ke..sos ke... atau kewpie ke atas roti tadi....

makanan ni je....dah kenyang. zuel mampu makan 2 ketol...aku 3 ketol. yer....walaupun laki ku tu bambam, tapi yang kuat makan adelah bini dia. 

No comments:

Post a Comment