13 November 2013

Tiada Jawapan


kadang2 tu aku bertanya sendiri... tapi confirm takde jawapan....

kenapa ada orang tu hidup dia sempurna? 

punya keluarga bahagia.. punya harta yang cukup, nak pegi mana, makan apa, nak pakai apa...semuanya dalam kemampuan... ada suami yang hensem atau isteri yang cun body solid dan baik macam dalam cerita korea  lagi soleh / solehah, ada anak yang comel macam rupe "boo" dalam monster inc... punya otak yang bijak pandai, punya kerja bagus bergaji mewah, punya ramai kawan yang baik, digilai ramai, popular... bak kata semua yang best. takde yang tak best.

bukan apa yang dia dapat tu sebab dia berusaha tapi sebab seolah memang dilahirkan bertuah, seolah takdirnya begitu...jalan hidupnye di dunia ini mudah, apa nak semua boleh dapat... nasib yang baik selalu menyebelahi dia... tapi kenapa Allah tak jadikan semua hambaNya begitu? kenapa ada yang sebaliknya?

aku tengah bosan, stress, tak happy, rasa terbeban... bila solat pun aku doa cakap dengan tuhan macam bercakap dengan kawan... aku cakap je ape aku rasa... aku cakap je Ya Allah... aku tak gembira, aku rase tension, rasa boring... aku rasa kesempitan dan rasa semua ini membebankan... yela, nak ngadu kat sape lagi kan... 

No comments:

Post a Comment