01 November 2013

Tak penting

pernah dengar atau baca tak kat mana2 artikel yang mengatakan bahawa selalunye orang pempuan ni amat mementingkan tarikh2 istimewa?

camtu jugak aku...tapi takde la extreme sangat. nak lagi dah nak masuk 30 sen ni tak dan nak sentap just kerana hubby terlupa birthday aku... kalau la aku jenis pempuan yang amat pentingkan tarikh, mau merajuk sampai birthday tahun depan...

mak aku orang yang 1st wish pada hari aku dilahirkan...by sms aje. rasanya emak2 memang tak lupe kot bile dia lahirkan anak dia... lepas tu 2nd - kawan rapat mase sekolah dulu. walaupun tak chat selalu, tapi dia ingat lagi... tergaru aku tau! dah masuk tengahari time lunch baru zuel wish, itupun lepas aku bagi hint... dia cakap betul2 terlupa... dan petang lepas balik keje, kawan = client wish jugak.

maka... itu lah saja orang2 yang ingat birthday aku...aku rase dalam sejarah, ni paling sikit kot!

aku nak sound kat sini tapi bukan bermakna aku sentap tau :
"ecehhh....yang terlupa nak wish tu... tiap2 minggu chatting tapi birthday aku korang langsung tak hingat....ah! tau laa tak femes, tak jadi pujaan kawan2.... sedeh la cenggini~" *sobbing - ayat mintak hadiah penyepak

zuel cakap...tu la, kenapa tak appear birthday kat fb, kalau tak mesti dia ingat nak wish....
alaa...aku saja nak tengok sape yang betul2 ingat birthday kite, tak nak la wish sebab ada tulis kat fb... kalau sendiri yang ingat ibarat ingatan tulus ikhlas gittew....*poyo

takpe laa orang tak ingat, kite celebrate sorang2 je laaa (-_-)
sajer laa order congo bar ni.... terpengaruh orang dok cakap sedap laa bebenor...nak buat sendiri mana laaa rajin reti kan~ *orang rajin masak2 ni selalu jadi kesayangan kawan2 tahu! pastu order sekali milky Hershey yang memang pehh....  tak tertaip lah... hantu coklat + cheese memang camni... beli tak agak2 sampai 4 box...congo bar nak yang 12 x 12 inch...haa makan la sampai tergolek!

tapi lupe nak wrap pastu bubuh reben kat brown box tu....ngeee...

No comments:

Post a Comment