12 November 2013

Monolog - Janji matlamat tercapai


tak tau la dah berapa tajuk monolog kat dalam blog ni

Hana Shazwyna - Hari ini SATU tahun SATU bulan SATU hari umurnya...

aku rasa macam dah besar je anak aku ni... gelagat dia kat rumah boleh buat aku rindu2an time aku keje... aku jarang update pasal perkembangan wyna...teruja sangat sampai takde idea ayat ape aku nak taip... 

sekarang ni dah pandai jalan...kadang2 macam nak belari tapi pastu jatuh... terduduk atau melutut.. gigih cuba nak bawak barang kat tangan sambil berjalan... malam tadik dia cuba jalan sambil jinjing botol, pegang tang kepala botol, dari belakang aku dah gelak2 tergolek atas katil dok tengok gelagat wyna dah macam scene kungfu drunken master....

skrang dah pandai cuba berkomunikasi...walaupun aku tak paham ape butiran bahasa dia, tapi aku mampu faham ape yang dia nak... pandai tunjuk tablet, lepas tu goyang2 bahu sambil mulut bising merengek...kadang2 kalau tak layan, sampai dia tarik2 tangan dan tunjuk2 tablet... maksud dia tu, nak suruh aku bukak tablet dan bukak application babyphone, dia nak mainn... 

dia dah tau... stoken sarung kat mana... kasut pakai kat mana... amik sikat taruk kat kepala... malah pernah dia main ketip kuku dan acah2 konon nak ketip kuku kaki sendiri! nak buat sendiri belum pandai lagi tapi pandai mengacu benda2 tu sume kat tempat yang betul... nak keluar pintu pun dah tau carik kasut dulu, mulut bising amik kasut, bawak ke kaki dia...mintak suruh pakaikan la tu...dia nak jalan2!

perkembangan yang buat aku rindu dan geram kat budak ni... tapi disebabkan dia dah masuk fasa nak explore baaanyak benda dikeliling, so time aku nak suap makan pun dah mencabar... dia taknak duduk diam kalau aku nak suap makan, tapi nak suap sendiri! semalam aku dok bergumpal dengan wyna time dinner nak bagi dia makan punyee la susah...bergado! 

pastu zuel bagi suggestion, bentang kain...dudukkan dia atas kain pastu biar la dia makan sendiri (main dengan makanan dia) aku ikut cadangan zuel... lepas tu aku gi makan... zuel take over... surprise! sambil2 wyna menggodek makanan dia sendiri, nak laa jugak wyna makan 2-3 suap... heh! aku memang kurang sabar sikit... zuel...walaupun alah... biasa la cara orang lelaki, yang penting matlamat tercapai walau ape cara sekalipun... (dalam kes ni janji anak makan, walaupun baju kotor, lantai sepah, menambahkan keje rumah untuk akuuuu)

macam hari tu, aku pegi kedai sejam je kot...aku balik je tengok baju tido wyna dah selekeh giler... nampak? matlamat tercapai - asalkan anak diam, makan, main..tak menangis. kang nak tido salin je la baju, ape susah kan? orang pempuan ni je selalu details sangat, nak anak tak selekeh, makan tertib, lantai tak sepah... iyerlaa karang kite jugak yang nak mengemasnye...kan!

ps : anak ngan laki kalau selekeh orang selalunya tunding kat ibu = isteri... kalau isteri selekeh, takde sape tunding kat laki... 

No comments:

Post a Comment