21 November 2013

Kamu bersyukur, Aku tambah nikmat.

Syukur Kunci Kebahagiaan …

Dalam buku Kaya dan Bahagia dengan Syukur dikongsi, “Syukur adalah kunci kebahagiaan.” 


Pasti, kita pernah melihat orang-orang hebat seperti orang kaya dan bermonolog, “Aku juga ingin jadi begitu.” Andai ketika ini, situasi kita masih dalam proses itu, ia mungkin mewujudkan rasa tidak puas hati dalam diri. Lantas, mula bina dinding-dinding tidak bersyukur dengan apa yang ada. 

Rasulullah SAW bersabda: “Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Oleh sebab, apabila kita melihat orang yang lebih atas, ia akan buat kita tidak menghargai apa yang kita ada. Kerana, di kala itu, kita sedang ‘melihat’ kekurangan kita. Sebaliknya, apabila kita lihat orang yang di bawah, kita akan lihat bahawa betapa banyaknya kelebihan yang Allah beri pada kita berbanding kepada orang lain. 

Syukur juga adalah intipati dalam menjemput rezeki. 
Janji Allah, “Kamu bersyukur, Aku tambah nikmat.” (Surah Ibrahim:7) 

Dengan bersyukur, ✔ Dideraskan rezeki ✔ Nikmat bertambah banyak ✔ Allah suka ✔ Kita bahagia

Ketahui lebih lanjut bagaimana dengan bersyukur, ia membantu untuk menjemput rezeki. 

-- > PANDUAN REZEKI BERTERUSAN

No comments:

Post a Comment