12 November 2013

Berhenti kerja?


hari tu ade laa friends kat FB share status FBI :

"Susulan cerita panas Taska mendera kanak2 yg tersebar di internet. Saya menyeru ibu bapa supaya membuat keputusan yg menyebelahi keluarga anda. Anak merupakan anugerah yg tak ternilai. Saya dan isteri pernah membuat keputusan supaya isteri berhenti kerja supaya boleh menjaga anak. Itu adalah dua belas tahun yg lalu dan ketika itu gaji saya hanya RM2 ribu sebulan! Sukar nak percaya? Kerana situasi itulah membuatkan saya lebih berusaha. Yakin, usaha dan berdoalah! Sehingga skrg hanya saya yg bekerja dgn izin Allah. Percayalah pada rezki Allah dan buatlah keputusan terbaik utk keluarga demi masa depan mereka. Andalah penjaga terbaik anak2 anda!"

maka... mana emak2 yang dok rumah aka surirumah pun berduyung-duyung la share status ni... ini perkara biasa dalam sosial network. mana yang sedap di hati, yang enak dihalwa telinga, diorang share. yang terkena batang hidung penyek, buat tak nampak. dalam ape topik sekalipun lah!

anyway... aku seorang ibu yang bekerja, dan hantar anak kat taska. kekadang provokasi dari orang keliling tu bole merentungkan jugak jiwa ni... sejak aku ujung2 kehamilan lagi dah dengar... nape mak tak jaga? hantar taska ok ke? tak takut kena dera ke? 

mule2 sekali... sebelum aku kawin pun mak ayah aku dah sumbat dalam kepala otak aku... kerja! kerja! kerja! walaupun dah kawin. boleh benti kalau dah ade income sendiri. maksudnya ape? aku tak boleh benti keje goyang pinggul gitu2 jek. sejak sekolah jugak diterapkan ayat2.. kalau tak keje, kalau takde income sendiri, bayangkan cemana kalau bercerai atau suami meninggal? cemana kau nak sara idup ko? oho... nightmare koot? (Nauzubillahiminzalik)

sedara aku.... orang2 keliling terdiri dari ramai emak2 bekerjaya... sebab yang biasa kite dengar? suami keje sorang, tak cukup nak tampung kehidupan. aku baca komen2 kat FBI tu pehh...ade yang komen macam laa life orang lain sama macam life dia ekk... kemain judge orang...berpendapat emak2 yang bekerja ni sebab tanak lowered life standard...napsu nak beli benda mahal2... ewahh! kalau lagu tu kenapa big momma pun sibuk2 ikut abang jib berpolitik, cukup la duduk rumah jaga cucu, tak gitu?

aku tak nak komen life orang lain... kite manusia lahir2 pun tak sama, apa lagi jalan hidup dan keperluan masing2... bagi life aku ni... aku kena kerja sebab sebelum kawin aku dah ade hutang...aku kena bertanggungjawab dengan hutang2 tu... hutang dengan bank bank bank bank (banyak utang ngan bank lettew), hutang dengan ptptn, phone bills, tanggungjawab pada keluarga... semua komitmen ni aku hadap sebelum aku kenal laki aku...

lepas tu aku kawin...bawak semua komitmen ni dalam rumahtangga. giler ape semua ni aku nak letak atas bahu laki aku? dah laaa aku tak tolong dia sesen pun dalam expenses wajib rumahtangga kitorang... utilities bills, rumah, keta, petrol pegi balik keje, tolls, belanja dapur..bak kata aku takde pun tolong keluarkan duit untuk sara hidup kitorang bedua... tetiba aku nak tambah komitmen aku atas batu jemala dia pulakkk? waahh senang jadi pempuan, time single hutang bertepek2, lepas kawin suruh laki bayarkan... mana tanggungjawab aku? ni kawin nak bagi senang ke nak menambah payah poket dia? dah ler kawin keluar duit hantaran lagik... mas kahwin lagik... ini semua pasal aku tak pandai pikat orang kaya #tetibe... takde la, maksud aku, kalau aku kawin ngan orang banyak duit tu lain la citer, lepas kawin bole duduk rumah, semua hutang aku laki aku bole cover...

cuma sejak ade anak ni je aku kena tolong sikit2... duit yuran taska...duit insurans anak...dan lain2 keperluan yang mana laki aku dah tak dapat nak cover... aku kerja dan income aku jadi back up untuk suami... soo kat celah mana yang aku kerja ni untuk penuhkan nafsu kehendak benda mahal2?

kalau boleh...aku pun nak duduk rumah. betul, aku tak nafikan pendapat yang kata - duluuuu saya gaji dekat 5 angka, tapi berenti jugak demi anak2... waahh statement mulia gittew. ya betul, niat mulia suci murni tapi tak paham nape nak mention gaji ko besar ekk? tapi nak benti tu mesti dah buat pertimbangan logik, betul? so am I... 

aku suke komen ni :
"Keputusan isteri berhenti kerja kurang tepat. Nanti timbul pula kes suami dera isteri. Suami lebih hormat dan takut bertindak kurang ajar jika isterinya ada wang sendiri. Jika kita bergantung hidup kepada orang lain, jadilah seperti lembu dicucuk hidung. Kaum hawa fikir dulu sebelum menyesal seumur hidup. Banyak cara selesai masalah jika kita banyak duit. Kaum hawa kaulah sumber inspirasi yang suci murni."

- banyak jugak kes laki bole wat sesuka hati sebab isteri takde income sendiri... dan ade kes isteri takut nak bercerai, sebab takut takde tempat bergantung, walaupun suami perangai hazabedah!

"kalau buat keputusan nak jd surirumah..isteri2 kena lah jd bijak..buat duit dari rumah..menjahit..buat kek..buat hantran org kawen..jadi freelance writer..freelance editor..itu antara kerja yg saya buat lepas 6 tahun resign..anak pun dah 5...doa byk2..percayalah dgn kuasa doa."

- kan? kan? ini memang aku angan kan....


Bila terbaca komen2 "LELAKI" tentang masalah penderaan kanak-kanak di pusat asuhan,buat aku terpanggil untuk komen jugak ni..ada dia antara mereka dengan riak kata,"PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG KERJA SEBAB NAK BELI PERALATAN MAKE UP,DAN KEPERLUAN SENDIRI JE,SANGGUP GADAIKAN NYAWA ANAK DAN TAK MAHU BERHENTI KERJA"..

aku sebenarnya betul2 tak paham APA YANG LELAKI MAHU..bila isteri di rumah,aku berani cakap berapa kerat sangat yang tiap bulan ingat nak bagi isteri duit untuk beli barang dan jaga penampilan dia?? kebanyakan nyew bagi duit dapur je..bila isteri xde duit untuk berhias korng kata malu isteri tak sama macam perempuan kat lua lebih cantik lebih bergaya,lalu di tinggal nya isteri..

bila isteri bekerja dan bantu suami,sementara tinggalkan anak di rumah pengasuh,isteri jugak yang salah konon nya isteri sekarang cuma bekerja untuk diri sendiri dan tak peduli pasal anak sehingga anak didera dan sebagainya..

TOLONG LA WAHAI LELAKI..berhenti salahkan kami kaum wanita..anak adalah tanggungjawab bersama,bila anak kena dera jgn salahkan isteri,sebab masa korang makan hasil isteri yang bekerja tuh isteri tak bagi alasan atau merungut pun..sama2 bekerja untuk kehidupan yang lebih baik,jadi sama2 cari dan pastikan pengasuh anda selamat..jgn berikan semua bebanan hanya pada isteri..


- kan? sekali lagi....balik2 perempuan jugak la kena... perempuan ni memang kaum yang tinggi martabatnya dalam Islam, mungkin sebab tu, dugaan dia hebat. Wallahu a'lam. 

ps : ade orang terdekat yang skarang ni housewife...  kerap kali cakap dia mesti carik keje sebab income laki dia tak cukup sampai emak dia sendiri kadang2 kena bagi duit belanja untuk cover kos sara hidup dia ngan anak2... 

No comments:

Post a Comment