29 October 2013

Dugaan


Di suatu pagi 26 Oktober 2013

lebih kurang dekat 11 pagi, kak sue call bagitau taska terbakar dan mintak aku dengan zuel tengok2kan apa2... walaupun sebenarnya aku rase kehadiran aku ngan zuel sekadar "tolong tengok" aje... tapi takpelah...sekurang2nya aku tau cemana keadaan taska tu, ape yang berlaku, dan bagi la sokongan moral pada owner taska...

aku yang tak apa2 ni pun sedih tengoknye, apa lagi yang empunya taska dan yang mencari rezeki kat situ...aku tengok muka owner pun dah bengkak menangis... mujur kejadian berlaku hari sabtu, dan anak2 taska pun tak ramai dan takde yang tengah stay kat tingkat atas... aku pun tak hantar wyna mase tu sebab aku ngan zuel ade kat rumah... eh tak dapat imagine kalau la sabtu lepas tu hari aku ngan zuel keje....

punca sebenar tak dapat dikenal pasti, yang pasti litar pintas...macamana bole berlaku tu tak tau la...kena pulak hari tengah panas, angin bertiup, memang kejap je rentung semua....tingkat atas adalah office dan bilik tido staf (ade staf yang stay situ) totally burned. tiada yang dapat diselamatkan. bumbung sume habis pecah... petang pulak hujan lebat giler berturut 2 hari...

dua hari taska ditutup termasuk ler hari ni...semalam aku dah offday... tapi hari ni aku hantar kat mak aku mintak tolong jaga kejap....esok tak tau lagi mana nak hantar wyna...aku tengah tunggu update dari kak sue.

1 comment:

  1. Harap semuanya baik-baik saja.. (+_+)! . kasihan ...

    ReplyDelete