23 September 2013

Penakut

aku bukan berani sangat

mungkin sebab tu aku tak ditakdirkan jadi peguam ke... si pendebat yang hebat ke...
sebab aku lebih suka diam dari menyatakan kebenaran melainkan orang tu datang kat aku dan tanya secara serius... serius... benar2 nak tahu tanpa prejudis...

contohnya hal melibatkan kesihatan anak... 
walau aku terbaca komen atau pendapat yang bertentangan dengan pengetahuan aku... selalunya aku lagi suka diam dari masuk campur...lagi suka senyap dari menyatakan kebenaran walaupun aku ada fakta kukuh... sebab aku tanak timbul ketegangan, jadi aku lagi suka duduk diam2 dan jadi pemerhati. simpan ilmu sorang2... hek!

coward? hmmm yeah mungkin. aku malas nak gado2....lebih lagi kalau topik melibatkan hal yang panas, sensetif apa lagi nyawa anak sendiri.... esok2 kalau terjadi ape2 kat anak orang dek ilmu yang konon aku nak share tu, aku jugak yang terkena... jadi dok diam2 jaga anak sendiri molek2. apply ape yang aku tahu tu kat anak sendiri sudah. tak payah kot mandai2 sangat.

so don't. orang tak tanya, jangan sibuk. walaupun orang tu salah... sebab aku yang nak tegur kesalahan orang tu pun belum tentu aku sendiri betul kot... sebab isunya tak semudah nak jawab hukum haiwan khinzir itu halal atau haram dimakan? nope. aku yakin apa yang aku tahu tu betul, tapi orang tu pun yakin dengan pengetahuan dia jugak adalah betul dan mungkin dia kata aku yang salah. so baik aku diam je.  lagipun sape nak percaya cakap mak yang takde background medic ni...siapalah aku kan... setakat baca buku, baca jurnal, baca facebook page, tak layak beb...tak layak nak tegur atau cuba bagitau ape yang aku tahu.

biarlah...biarlah...



dua kisah berbeza, hanya satu yang sama - apa pun yang cuba dilakukan ibu2 ini, keduanya kerana mereka sayang anak mereka.... bagi aku... dua-dua pun betul. 

so did I...

No comments:

Post a Comment