25 September 2013

Ketuk Kereta

Semalam tak kerja, kenapa?


SABTU lepas... di awal pagi hari tatkala aku sedang menikmati sarapan pagi sambil bersilang kaki kat hall rumah macam mem besar, sementara big boss dan boss kecik belum bangun tido kat bilik atas, aku perhatikan jiran depan nak keluar pegi keje...

tetiba aku dengar "booom!" pastu aku nampak mitsubishi triton jiran depan tu tengah moving foward macam nak masuk balik dalam porch rumah dia.

"peehh.... ni mesti kena niii" - tepat sangkaan aku bile jiran tu tercegat sudah depan pagar rumah, sebelum sempat aku bukak grill pintu..."mana zul? mau minta maaf sama diaaa"

aku malas la nak kejutkan zuel... aku pun gi ler tengok ape kes keta zuel tu. lekuk sikit laa... tapi huduh dan pintu pun tak bole nak bukak luas sebab dah tersekat dek kemek... aku cool aje... ohh... aku parking keta kat bahu jalan je mase tu... so jiran depan reverse nak keluar, terlanggar la tepi body keta...

dalam sibuk2 gelabah si jiran ni nak jugak cakap sendiri dengan zuel...zuel pun dah keluar dengan dukung wyna dengan dua2 muka selebet belum mandi... aku amik wyna, masuk dalam dan biar zuel je settle.

AHAD esoknye... kitorang pegi la usha2 mana bengkel ketuk keta... nak hantar as soon as possible...

ISNIN aku kerja macam biasa... opismate tegur apesal dengan keta? accident kah? zuel bagitau, ade 2 jiran yang boleh bagi pinjam kereta diorang, tapi yang pasti bukan jiran yang langgar keta tu lah... jiran tu takde kereta lebih. kereta yang ada 1 - wira auto 2 - saga manual... tapi dua2 pun "setakat bole gerak" laa... nak kereta yang okey sikit, keta saga tu lah, tapi manual... aku takde masalah nak drive manual transmission tapi aku was was sket sebab owner chinese.... =p

so takde option lain selain pinjam keta wira tu... peh... T_T tapi aku kagum sebab keta tu bole gerak jugak JB - Terengganu tuh...

SELASA zuel mc... dia kurang sihat. aku mule2 memang plan nak gi keje... tapi bile zuel cakap dia mc, dan suruh aku gi keje ngan kereta wira tu, aku pun terus tetiba macam nak MC jugak... mula2 aku bangun pagi just nak hantar wyna ke taska lepas zuel cakap dia MC... so aku drive la keta wira jiran aku tu... huwaaa. memang takkk lah aku nak gi keje bawak keta ni... pegi taska ngan pegi kedai beli sarapan aje cukup lah... tak nak aku drive sejauh 30 kilo dengan macam2 bunyik...tak boleh laju tak tu... takat 60 kilo je kott?

masa aku teman zuel pegi klinik, aku tergelak dengar bunyik keta tu, aku cakap "kereta ni macam bunyik ikan paus".... zuel : "wwoooooohhh hhhaaaa wiiiiiihh hhhooooooo aaaaaa" - macam ikan dory cakap ngan whale dalam filem nemo - kalau pernah nengok citer kartun nemo lah!
zuel hantar ketuk body kereta siap dengan cat sekali total RM450... termasuk betulkan sikit yang aku kemekkan tu hari sebab aku langgar keta depan...  bengkel kat taman teratai, sehari je dah siap.

2 comments:

  1. Boleh specific nama bengkel taman teratai tu (jalan apa). Kete saya kemek belakang ingat nak pegi buat juga. Berapa lama siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. herman, ala saya tak ingat nama kedai atau memang kedai tu takde signboard, nama jalan tu enau 14. siap 3 hari tak silap

      Delete