26 September 2013

Kalau sabar makin menipis...


...rasa macam nak terbalikkan kapal


Makhluk miskin tidak ada apa apa. Tujuan hidup sebenar ialah Laa ila haillallah, membuang semua perkara di hati kecuali Allah. Isteri yang mencari kebahagiaan dari suami akan tertekan kerana suami tidak ada apa apa cuma makhluk Allah. Cari kebahagiaan dgn mengenal Allah dan mencari redha Allah.

Semoga kita berhenti mencari kasih manusia tetapi mencari kasih Allah

Maha luas kerajaan Allah. Buang sifat duka cita. Ia berlaku bila jauh dari Allah dan tidak yakin pada Allah. Hentikan mengharap pada manusia

Semoga kita merasakan kemanisan sujud dan rukuk dan hargai masa kita bersendirian dengan Allah dan kurangkan terlampau suka pada manusia. Cari waktu bersendirian dan merenung diri. Buah keyakinan ialah amalan soleh. Orang beriman dan melakukan amal soleh ialah orang yang berjaya. Semoga kita tidak hanya bercakap dan menaip yang baik tapi beramal dengan ikhlas

Jom jadikan taubat tabiat harian dan zikir istighfar membasahi lidah kita. Sibukkan diri bagaimana nak dekat dengan Allah. Niat solat tepat pada waktu dan di beri keberkatan waktu dan ketenangan jiwa

Buat baik pada orang buat jahat pada kita pasti akan tenang dan bahagia. JIka payah lihat hati kita dan bersihkan jiwa dengan ilmu amal dan disiplin diri. Orang yg sabar dekat dengan keyakinan dan syurga Allah. Hentikan mengungkit kebaikan kita tetapi kenang kesilapan dan taubat

Jom tolakkan kejahatan dengan kebaikan. Istiqamah buat baik insyaAllah semua musuh menjadi rakan baik- Yakin dan ubah diri dan cara melihat hidup ini dan melihat orang lain. Jangan harap pada manusia tetapi yakin pada janji Allah. Jangan sekali marah dan dendam tapi jadi contoh yang baik pada orang sekeliling kita

Jangan melampau mengharapkan pada manusia mesti akan kecewa dan harapan tidak akan dipenuhi manusia tetapi jika mengharapkan cinta Allah tidak akan kecewa. Lihat status kita di facebook, twitter, di mana kita?

Banyak perkara yang menyebabkan kita sedih tetapi bila kita ingat janji Allah akan tenang. Jom audit keyakinan kita pada Allah

"Berhenti merungut, mengeluh dan menyesal. Tulis apa kita syukur dari dulu sehingga kini. InsyaAllah, esok akan lebih bahagia"

"Salah satu kunci syurga ialah murah hati. Sabar itu pahit tapi buahnya manis"

kadang-kadang aku lupa, berkahwin itu kerana apa...untuk apa aku berkahwin...
kalau berkahwin itu semata-mata nak bahagia bersama manusia, percaya laa...memang tak bahagia kot. Bahagia itu datang dari Dia, bukan dari manusia... manusia bernama suami itu cuma medium dari tuhan saja...dia jugak mahluk ciptaan-Nya... sepatutnya gunakan medium itu untuk mendekatkan diri kepada Allah... bukan mengharapkan medium itu yang memberikan kebahagiaan hakiki... sebab tu mudah aje rasa kecewa bila kadangkala suami tidak seperti yang aku harapkan... *istiqfar - aku telah tersalah niat... tersasar dek bisikan syaitan dan nafsu mungkin....

Kalau niat buat sesuatu tu kerana manusia, memang sakit hati je la aku yang aku akan dapat~

Jom audit - kata Prof Dr Muhaya

2 comments:

  1. Alhamdulillah...dapat motivasi pagi ini
    Terima kasih

    ReplyDelete