07 September 2013

Emergency Leaves

4 hari tak datang opis... baca2 blog sana sinun dok ceta pasal surirumah...

cam lamaa je tak tulis blog...itu menunjukan kalau aku jadi suri rumah memang aku busy, takde masa nak mem-blog kat rumah. aku rase sejak ber-anak memang tak pernah pun aku buat karangan kat rumah.

hari terakhir aku amik EL, member cakap "untunglaahh mak wyna dok rumah, orang lain dok opis" ....eceli...aku tak gemor sangat statement tu, pada firasat negatip aku ni ayat tu macam bermaksud "best laa dok rumah bole lepak2, tak yah pening2 gi opis" sedangkan hakikatnya bagi aku dok rumah ni laaa lagi banyak benda nak buat (kalau bandingkan dengan keje aku kat opis laaa) sampai nak tengok tv pun kekadang tak sempat, switch on tv tu takat nak suruh Rachel Ray's buat pertunjukan masak2 kat hall rumah aku je... lain la kalo suri rumah yang mempunyai bebek... itu baru aku rase "heaven"... walau cemanapun aku cube ber-firasat positip iaitu - beruntung la duduk rumah, tak keje, bole collect pahala baanyak2... pahala layan somi, buat keje rumah, masak, jaga anak bla bla bla *sampai esok pun tak habis citer~

Isnin : wyna start demam tapi aktif...tetiba jek demam. takde batuk, takde selsema... tapi ahad (semalamnye) tu memang ade la pegi beraya dikala hujan. suspek jugak kot laa kena tempias hujan...tapi tak kottt? aku tak bawak ke klinik maupun bagi PCM... tapi keep on lap2 badan dia, basahkan kepala... jerlummm kata orang kedah (ye ke? patot la bile sebut kat orang joho ade yang tak paham) aku potong lemon slices masuk dalam stoken dan pakaikan kat wyna... tapi sampai malam demam tak kebah jugak... so bagi PCM bile aku check suhu dah 39 darjah.

Selasa : aku bawak wyna pegi klinik homeopati sebagai alternatif ubat berasaskan dadah. tanak aku kejap2 bagi PCM. aku yakin demam ni puncanya dari jangkitan telinga (otitis media)... selagi telinga wyna tu tak baik, bagi la sebaldi PCM sekalipun, demam susah nak kebah~ 2 hari sebelum wyna demam, aku bawak dia pegi klinik moden nak check apesal telinga dia keluar lendir kaler kuning macam hingus budak yang chekni wasap kat aku dengan soalan dah makan? puiiii doktor cakap otitis media atau orang tua dulu kata "torek". 
macam ni laa rupe telinga wyna

dapat la sebotol antibiotik - augmentin. sebab takde demam, so takde dapat ubat demam. kalau dapat pun takat menambahkan deretan botol2 ubat dadah dalam peti sejuk aku je. tapi pelik sikit sebab takde ubat titis telinga. ok fine. tapi doktor homeopati lak kata, takde kaitan demam wyna ni dengan sakit telinga dia tu. tapi dapat laa ubat demam dan ubat telinga... pun bukan untuk titis, tapi minum. malam demam wyna makin kuat sampai cecah 40 darjah...

Rabu : aku terpakse jugak gi opis sebab ade artwork urgent nak email ke printer. wyna aku hantar kejap kat taska... belum sampai matahari tegak atas kepala lagi aku dah balik...nak2 lagi cekgu wyna bagitau yang suhu badan wyna statik 38-39... urban kaan mak bapak ngan cekgu skrang, main mesej kat fb je... cekgu dah puas mandikan, sampai wyna tido pun bolot ngan tuala lembab...

aku amik wyna kat taska, terus pegi columbia asia dengan atuk nenek dia. bukan emergency case, tapi lebih kepada nak buat details check up. pegi spital je senang, jumpe doktor pakar, semua kemudahan pun ade dan in case kalau nak tahan ward, bole masuk terus. mase nii laaa baru terasa sangat yang insurans tu penting! aku dah check dengan agen, insurans yang aku beli hari tu dah fully covered...fuhh lega sikit.

sampai spital - register. aku tak sempat nak duduk lagi, nurse dah panggil jumpe paediatric. dok borak pasal demam wyna, pung pang pung pang *I felt so fast... nurse masukkan ubat bontot sebab suhu 39 darjah dah...cuma doktor tu pun cakap "ye ke awak ni 39 darjah, macam bukan 39 je?" sambil tengok wyna dok merakas dengan mainan atas meja doktor... lepas tu dia refer wyna ke pakar ENT (ear nose and throat) untuk sedut lendir dalam telinga...

teropong dalam telinga, nampak lendir penuh!

masuk klinik ent, terus duduk depan mesin besar punyee... doktor pasang rod besi sebesar dakwat pen kilometrico dan srrooottt...slurrppp....srooott...slurrp slurrpp! macam bunyik orang sedut sum sum ketika makan sup tulang merah...lepas dah sedut tu, doktor masukkan kamera besar manik dalam telinga wyna... melopong la aku nengok keadaan dalam telinga...tak pernah tengok kan... doktor cakap otitis media yang wyna kena ni di-akibat-kan oleh air yang masuk dari luar...jeng jeng jennggg! confirm la ni air gambang waterpark nehh...doc cakap kalau minggu depan tak sembuh, wyna kena admit ward... doktor nak wat operation masukkan tube ni...


gambar kejadian takde sebab aku sorang masuk bilik doktor tu. 30 minit kat spital dah siap bayar bill baru zuel sampai...jangan diteka2 berapa billnyaaa... aku buat tak nampak je la janji wyna dah  tak demam lagi... 

so kalau nak bawak anak2 kecik mandi, better pakaikan ear plug, tengok2kan telinga tu kalau termasuk air ke... lebih2 lagi kalau mandi kat public waterpark, air bukannya betul2 bersih kalau dah ramai2 duk mandi dalam tu....

lebih kurang 3 bulan wyna nak recover dari otitis media ni, once dah kena, bole berulang dan lebih worst bila ada selsema. hingus dari selsema tu bole tembus keluar ke lubang telinga dan jadi infection kat telinga pulak....

2 comments:

  1. brapa rm kosnya?? Dea pon kmi amik insuran tp yg paling murah la jnj ado....admit hosp segala perbelanjaan insuran cover...tp xdpt duit poket la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ain pun amik yang paling rendah bayarannya...life insurans dan medical card... duit poket tu cemana lak

      Delete