11 September 2013

Alahan antibiotik

lepas wyna terkena otitis media hari tu...
doktor ade la bagi antibiotik... nama antibiotik tu Azithromycin, kena makan sekali sehari, selama 3 hari... 1st time aku tengok antibiotik serbuk pastu kena bancuh sendiri sebelum dimakan... rasanya manisss, tapi ujung2 pahit...yek! lekat kat lidah... cemana agaknya wyna rasa?

2 hari lepas makan antibiotik tu, wyna start ruam2... mula2 kat leher... tengkuk... pastu makin merebak sampai satu badan... ramai suspek wyna kena demam campak sebab baru baik dari demam panas.

tapi naluri mak2 aku ni rasa macam bukan...sebabnya :

- wyna dah kebah demam 2 hari, baru keluar ruam ni... sedangkan campak biasa berlaku 3 hari demam, terus keluar ruam atau ruam keluar masa demam belum kebah
- wyna kurang menggaru...
- wyna takde batuk selsema... dari ciri2 demam campak yang aku baca semua takde kat wyna... kecuali demam tinggi tu...

petikan dari wiki dan translate by google :

Tanda-tanda klasik dan gejala demam campak termasuk empat hari [4 D's] dan tiga Cs - batuk, coryza (sejuk kepala), dan konjunktivitis (mata merah) - bersama-sama dengan demam, tiada selera makan, dan ruam. Demam boleh mencecah sehingga 40 ° C (104 ° F). Tempat Koplik yang dilihat di dalam mulut adalah pathognomonic (diagnostik) untuk campak, tetapi tidak sering dilihat, walaupun dalam kes-kes sebenar campak, kerana mereka adalah sementara dan mungkin hilang dalam hari berbangkit.

tapi wyna ni aktif macam biasa, makan minum elok je cuma badan dia penuh ruam ...

ni la rupe ruam kat badan wyna... mule2 bintik lepas tu lama2 macam rupe gegata... tapi bukan gegata... "macam" aje... cekgu kat taska wyna dah risau, dia cakap "wyna kena campak ni..." pastu suruh aku amik wyna cepat takut jangkit... aku macam nak emo jugak tapi yerla...aku paham laa karang ade parents takut kalau terjangkit pulak kat anak diorang...

demi membuktikan telahan seorang emak ni betul.. aku bawak gi klinik, aku cerita la...

"doktor, hari tu kan saya jumpe doktor pasal otitis bla bla bla pot pet pot pet...pastu demam tak kebah, bawak pegi hospital... bla bla bla... doktor ENT sedut...bla bla bla .... last dia makan antibiotik nama AZITHROMYCIN" 

- citer aku A-Z. pastu tanya doctor ni ruam ape... doktor pun tak pasti nak sahkan cemana *pulak dahhh... rupe campak pun ade, rupe alahan pun ade... dah bercampur. tapi doktor cakap rasanya lebih pada alahan... antibiotik yang wyna makan tu memang kuat. tapi untuk ilangkan ruam wyna ni takde ubat ape2... since antibiotik tu pun dah habis dose 3 hari, so tunggu je la ruam tu ilang sendiri. cuma nasihat dia, mandi bersih, jangan bagi garu... balik klinik tak payah bayar ape2 pun... aku doakan doctor tu murah rezeki, khidmat nasihat pun tak payah bayar... Alhamdulillah~

laaa ni aku google keywords : antibiotics azithromycin cause rashes
ini yang aku jumpe... also translate by google...

Apakah azithromycin (Zithromax)? 
Azithromycin adalah dalam kumpulan ubat yang dipanggil antibiotik macrolide. Azithromycin melawan bakteria dalam badan. Azithromycin digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, seperti jangkitan pernafasan, jangkitan kulit, jangkitan telinga, dan penyakit kelamin. Azithromycin juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini."

"Apakah kemungkinan kesan-kesan sampingan azithromycin? 
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda tindak balas alahan: gatal-gatal; kesukaran bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak.

Berhenti menggunakan azithromycin dan hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:
- cirit-birit yang berair atau berdarah;
- sakit dada, degupan jantung tidak sekata;
- loya, sakit perut, demam, hilang selera makan, air kencing gelap, najis berwarna tanah liat, jaundis (kekuningan kulit atau mata), atau
- tindak balas yang teruk kulit 
- demam, sakit tekak, bengkak di muka atau lidah, terbakar di mata, sakit kulit, diikuti dengan ruam kulit merah atau ungu yang merebak (terutamanya di muka atau badan atas) dan menyebabkan melepuh dan mengelupas.

 Kesan sampingan yang kurang serius mungkin termasuk:
- loya sederhana, muntah-muntah, cirit-birit, sembelit; sakit perut atau sakit;
- pening, rasa letih, atau sakit kepala;
- perasaan saraf, masalah tidur (insomnia);
- gatal-gatal faraj atau discharge;
- gatal-gatal ringan atau ruam kulit;     
- nada dalam telinga anda, masalah pendengaran, atau
- menurun deria rasa atau bau.


Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan lain-lain boleh berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan sampingan. Anda boleh melaporkan kesan sampingan kepada FDA pada 1-800-FDA-1088."

tengok perkataan yang aku hilite tu... so aku yakin ruam wyna tu disebabkan alahan terhadap antibiotik Azithromycin. so kalau anda or anak anda terpakse makan antibiotik, pastikan anda tau kesan2 sampingan yang mungkin boleh berlaku..

ps : aku suke ubat yang columbia asia bagi sebab ada tulis nama sebenar ubat.. bukannya pi letak nama "batuk lendir, demam, selsema, ubat cair kahak" and so on~

8 comments:

  1. teruknya ruam wyna...so skrg camna dah baik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a..teruk jugak, kesian kalau nengok muka dia... tapi yang macam kelakar tu dia main je elok macam takde ape2... saya cuma sapukan bedak aiken je... lepas 2-3 hari ruam tu hilang sendiri...

      Delete
  2. tp khayla tak makan antibiotik...yang pelik, 2 bijik bintil air tu dah baik, tumbuh lagi 5-6 bijik...huwaaaa!!! (T___T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la..awak monitor dulu yer...since doc pun takde cakap ape yg serius

      Delete
  3. baru lepas kena. bengkak mata kena ruam skrg ni kulit muka mengelupassss. sebab mkn ubat antibiotik 500mg punya penagan . taubat tak nk kena lagi

    ReplyDelete
  4. Salam sis..trima ksh utk perkongsian..sgt2 mmbntu..anak sy 7 bulan..kena sakit kuku tgn mulut HFMD..doctor bg antibiotic azithromycin..2.5ml sekali sehari..abes dlm 3 hr..tp sy bru bg sekali..anak sy asik kuis telinga..jam 1 pg mula menangis dgn kuat..sblm tu ada buang air bsr 2x..najis hijau..lpas anak sy tdo,sy google n jumpa blog sis..mngkin anak sy jg ada alahan..nada dlm telinga..nafas dia pn nmpk kuat skit..so utk hr kedua sy stop antibiotic..tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan anak lekas sembuh yer. Bole bawa jumpe doc untuk dapatkan nasihat.

      Delete
    2. Saya doakan anak lekas sembuh yer. Bole bawa jumpe doc untuk dapatkan nasihat.

      Delete