27 August 2013

Perihal Laki Bini

aku tak tau nak mule taip cemana...



1 - bile seseorang tweet "missing home" tatkala terpakse berpisah tido dengan isteri / suami tak bermaksud orang tu jenis tak leh tido tanpa suami / isteri. please dont make funneh assumption. hiks!

kalau aku pun...even aku balik kampung, aku travel dengan family, tido homestay ramai2 pun takde aku nak tido together2 dengan zuel tu... macam la 365 malam aku berpisah tempat tido....

2 - suami yang kalau betul2 nak kawin lagi selalunye tak cakap terang2 depan bini dan menyatakan calonnya adalah dikalangan kawan2 si bini jugak yang berada depan mata secara live ... 
laki aku pun pernah jugak ler gurau pasal kawin lagi...dia tanya aku - kalau dia kawin ngan "tooot" (dirahsiakan namanya) aku bole terima tak? aku jawab "masalahnya dia tu nak ke kat abang?"
TEEET! Nexttt!

3 - ada pasangan suami isteri yang bahagia tapi suke mengutuk antara satu sama lain - antaranya mengatakan isterinya orang tua dihadapan kawan2 mereka (kawan isteri dan kawan suami)

4 - kuat makan bukanlah ciri-ciri hi maintenance kecuali makan di tempat2 yang mahal sahaja untuk meneruskan idop. tapi tolonglah tak payah amik port sangat gurauan bida'ah ni... haishh!


aku doakan orang yang mencetuskan entri ini cepatlah bertemu jodoh supaya dia lebih paham rencah dan ragam kehidupan suami isteri... mungkin ko akan sentap kalau suami ko bergurau camtu tapi tak bermakna bini orang lain pun akan rasa sama macam yang ko rase... bini dia lagi kenal per... dan ko pun akan kenal laki ko...akan tau mana yang gurau, mana yang serius...dan tentunya PASTI ko tak suke orang assume memacam kan?

sesuatu yang tak O.K bagi kite, tak semestinya K.O pada yang lain... nak heran ke? aku ade cousin cakap kau aku jek dengan laki dia depan2 sedara mara, depan2 mak aku... mungkin bagi sesetengah orang macam tak hormat, tapi tak jadi masalah bagi diorang dab diorang bahagia je so why should we care? 

2 comments: