21 August 2013

Daging Cincang Tomato / Sabsuka

Bila aku google resepi sabsuka ni, ada bermacam2 versi... yang penting bahan utama dia daging cincang dan ade rempah sikit

Resepi ni akak ipar aku yang bagi... mase aku bujang2 dulu *chewaaa... akak ipar selalu jugak bagi daging cincang ni...dia masak banyakkk2 pastu bekukan. then masuk johor bagi2 kat adik2 dan mak... wohoo sedap sangat! so laki aku ape lagi la kan...bebenda sedap yang jadi favorite dia memang dia kerah suruh belajar buat~~ oh.... akak ipar aku rakyat singapore...

BAHAN-BAHAN
1 /2 kg daging cincang
1 cawan sos tomato
½ cawan sos cili
1 tin kecil tomato puri
2 sudu kecil serbuk jintan manis
4 sudu kecil minyak sapi
2 sudu kecil cili kisar
½ cawan air
4 biji tomato – di dadu
4 biji bawang besar – di dadu
Sedikit serbuk lada putih dan garam

HIASAN
Hirisan lada merah dan hijau
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan minyak sapi
  2. Masukkan cili kisar dan sebuk jintan manis.
  3. Masukkan daging cincang, gaul rata sampai keluar / pecah minyak
  4. Masukkan tomato, sos tomato, sos cili, puri tomato dan sedikit serbuk lada putih, garam dan air
  5. Taburkan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang
gambar dari instagram aku je... shoot pun dalam pan sebab aku nak wasap kat zuel. musim raya ni tak larat nak amik gambar lauk guna dslr... makkk busy dek non~ semalam pun ade kawan2 zuel datang beraya, aku pun masak ini ler jugak....

sabsuka versi yang sebetulnye mungkin kena letak telur atau cheese dan bako dalam oven selepas tumis dalam kuali. lepas itu boleh la di masuk dalam perut bersama roti perancis atau roti malaysia mahupun roti india (nan, capati, tosey dan sebangsa dengannya)... tapi akak ipar aku tak ajar camtu, aku pun tak berani nak terai2... laki aku ade pantang sikit bab derhaka kat suami resepi ni... nanti2 la aku derhaka bebila aku buat untuk makan sendiri...

3 comments:

  1. nmpk sedap.. cari resepi nie sbb nmpk IG dato ct masak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...menu yang agak simple juga...

      Delete
  2. Kalau guna daging kisar boleh tak?

    ReplyDelete