12 July 2013

Mengandung, Menyusu dan Puasa

Dipetik dari 
Sekadar berkongsi. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:

Alhamdulillah saya mengikut pendapat pertama.

1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.

2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.

3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah

4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.

5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.

Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.

Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.

~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~
***************************************************************************************************

kalau ikut pendapat aku la... ini pendapat aku saja...mungkin tak semestinya betul...
dan komen aku bukan nak tunjuk aku ni good-good sangat...

tahun lepas, aku ade jugak terpikir pasal "bole ke puasa masa mengandung?"
tapi ape yang aku buat... aku cuba dulu... try2 ler... agak-agak bole puasa elok, teruskan je la...

kalau nak ikut cakap dr gyne aku, bole benooo kalau nak take for granted. Dr cakap kalau bole tak payah puasa...haaa gittew. pastu adee pulak rukhsah puasa macam tu...ape la lagi kan? so far masa aku pregnant tu Alhamdulillah takde ape2 penyakit. normal dan sihat... so sepatutnye bole aje nak puasa... tinggal larat ngan tak je la... bile aku try puasa, aku larat, so go on je lah... 

mase tu aku just pikir...ruginya tak puasa time mengandung ni, InsyaAllah dapat puasa penuh! lagipun aku rase sambil2 tu bole la "didik" anak dalam perut tu... mase aku puasa tu, aku cakap2 kat baby... bagitau dia yang aku puasa that day...dan doalah agar dipermudahkan nak berpuasa ^_^

kalau puasa ketika mengandung atau menyusukan, jangan laa saje2 skip sahur, time berbuka makan pun ntah ape2... puasa orang peknen ngan bfeed ni bukan macam puasa sorang2.... kena lewatkan sahur, time sahur pun makan elok2...usaha la untuk jaga makan minum, jaga sahur supaya siang hari tak longoi...  haa pastu cubalah puasa. kalau dah usaha tapi lembik sampai pitam2 mengalahkan budak 8 tahun puasa... sila la berbuka. ataupun tetiba baby dalam perut tak gerak2 dari lepas sahur (kot dia tidooo saje)... pun berbuka lah...

bukannya terus "oh..aku peknen...aku breastfeed, tak leh puasa...nanti bayar fidyah je la" kalau tiap2 tahun mengandung ngan breastfeed kot tak payah ler puasa yer? hehehehe

orang pregnant atau menyusukan anak ni guna banyak tenaga, sebab tu kena persiapkan diri dengan pemakanan yang betul...

kalau tak dapat puasa, bagi aku... yang aku tahu lah... pendapat no 2 dan no 3 seringkali digunapakai... ada yang kata ikut mazhab Syafie, dan ade yang ikut apa yang mak / ustaz / ustazah ajarkan...

lagipun aku rase tak rugi kalau ikut pendapat no 2 dan 3...sekurang2nya peace of mind kan? takde la was2 like...eh kena ganti puasa ke tak ni? ganti ke tak ni?

akan tetapi.. kalaulah...seseorang ibu tu benar2 tak mampu... ganti puasa pun tak mampu, nak bayar fidyah pun tak mampu sebab fakir... so bole pakai no 5...

apa2 pun kita je yang tau keadaan diri kita... kita bole bagi 1001 alasan pada manusia kalau tanak puasa...tapi Allah je yang tau niat kita.. =)




1 comment: