30 July 2013

Kuih dalam Balang


Last year...kemain gigih mak buyung pegi borong kuih tengah2 bulan puasa...


pagi2 dah pegi menyesak-kan zainab jaya kat simpang renggam tu, semangat beli kuih raya. kuih pun modern2... tah hape nama aku pun dah tak ingat. siap makan lepas buka puasa, nak merasa...hamboiii

tahun ni mandom. langsung takde mood nak beli kuih. lagipun kuih last year berjenis2 sampai tak cukup bekas nak letak, yang belinya lain, yang orang baginye lain... sudahnya habis hari raya, ke tong sampah jugak ler peginya... dah tu? kuih hapak sape nak makan? tu pasal tahun ni aku buat bodo je pasal kuih... kalau takde sangat karang baru gi cari dekat2 sini je sudah... kosser haku nak pegi tempat borong kuih.

3 jenis kudapan dan kuih drama dahlia ni akak ipar aku yang bagi. maruku tu dia beli kat parit sulong, 
dan dahlia tu dia buat sebab ada orang order... untuk adik beradik dapat free sorang sebalang...

Ini biras aku yang bagi... dia pun amik order buat Almond London.
Ipar duai dapat free sorang sebalang...

Kuih old school.... orang yang tak pernah buat kuih ke biskut raya macam aku ni, 
memang ni je la dia mampu buat... kahhhh! tu pun akak ipar ajar...

Ini order ngan orang... tahun lepas Zuel order ni untuk bagi kat kakak2 dan emak2... tapi tahun ni ade repeat order dari kawan kakak dia... dah alang2 tu, order sekali untuk diri sendiri. 
Also free sebalang untuk kakak2 dan emak2....


ni je la kuih raya aku.... jadik lah kan? kalau tamu yang datang jejauh tu bukan nak makan kuih kan? kalau habis pun takpe kan? satu jenis pun aku tak bukak lagi...takde feel nak merasa pun...


No comments:

Post a Comment